• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Grip-Lock: Peranti Antikecurian Motosikal Saiz Poket yang Mudah Guna dan Berkesan

Grip-Lock: Peranti Antikecurian Motosikal Saiz Poket yang Mudah Guna dan Berkesan

May 2, 2018 By Admin 1 Comment

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA motosikal tidak pernah sunyi dengan pelbagai rekacipta dan inovasi tentang kaedah terbaik melindungi jentera kesayangan daripada dicuri. Terbaharu, syarikat dari New Zealand mencipta peranti antikecurian yang ringkas, mudah digunakan dan senang dibawa. Paling penting, peranti itu efektif.

Peranti antikecurian, Grip-Lock ini bukan saja ringan, kecil dan mudah dibawa, tetapi juga senang digunakan. Caranya, pemilik hanya perlu memasang peranti ini pada grip hendal kanan dengan mengunci terotel dan tuil brek depan.

Peranti ini terdiri daripada 4 teras besi keras yang dimuatkan dalam badan nilon diperkuat yang dapat melindungi kakisan dan satu nat kukuh yang sukar dipecahkan pencuri. Cara memasang dan membuka peranti ini cuma mengambil masa kurang 10 saat, dan turut didatangkan waranti 10 tahun.

grip-lock-1
Grip-Lock-Logo
grip-lock-2
grip-lock-2

Jelas sekali Grip-Lock mampu menghalang pencuri mengangkut motosikal anda ke belakang trak atau van. Walaupun nampak semacam ringkas, bersahaja dan kurang meyakinkan, tetapi struktur gajet ini memang kuat. Menariknya, Grip-Lock juga tampil trendy dengan menampilkan 9 pilihan warna berbeza dan dapat dilaraskan mengikut lebar grip dan posisi tuil brek berbeza.

Walaupun datang dalam satu saiz tunggal, tetapi Grip-Lock mampu menyesuaikan diri semua jenis motosikal. Berbeza pengunci cakera yang mana ramai penunggang kerap terlupa membuka, tetapi tidak untuk Grip-Lock kerana ia dipasang pada hendal, iaitu bahagian penting yang perlu diakses sebelum menghidupkan motosikal.

Namun, jika pencuri itu memang sudah nekad, cuma masa, usaha dan peralatan yang betul dapat menanggalkan peranti berkenaan. Jadi, potensi mengelak motosikal daripada dicuri ialah lebih mudah kerana mampu membuatkan si penjenayah bosan dan cemas.

Dijual sekitar AS$65 (RM255), harga Grip-Lock boleh dikatakan murah dan mampu milik. Anda boleh membelinya di laman Amazon.com. Jika mengetahui lebih lanjut tentang peranti antikecurian ini, boleh layari laman web Grip-Lock.

SUMBER: RideApart

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Grip-Lock, kunci motosikal, motosikal, peranti, Peranti Antikecurian, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my