Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Nafi, Mana Ada Kena Denda Cermin Gelap RM2,000!
Auto Terkini

JPJ Nafi, Mana Ada Kena Denda Cermin Gelap RM2,000!

Han OthmanBy Han Othman21/02/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
JPJ Denda Cermin gelap
*Gambar sekadar hiasan

NASIB baik pihak editorial PanduLaju tidak terlibat dalam penyebaran berita palsu mengenai hal denda RM2,000 yang dikenakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pemasangan cermin gelap melebihi had.

Berdasarkan sumber berita dipetik Bernama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad mendakwa kompaun maksimum bagi kesalahan tersebut masih kekal RM300.

Menurutnya, terdapat kekeliruan pemahaman dan laporan media (The Sun) mengenai perkara ini yang turut memetik kenyataan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Denda hingga RM2,000 atau enam bulan penjara seperti dilaporkan itu ialah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama,” katanya pada Program Jom JPJ Negeri Perlis 2016 di pasar raya di Kangar.

Ismail berkata, JPJ bertoleransi dalam mengenakan kompaun bagi kesalahan penggunaan cermin gelap dan pemanduan melebihi had laju serta mempertimbangkan kadar perbezaan 10 peratus bagi setiap had ditetapkan.

“Misalnya, penggunaan cermin gelap ditetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ialah 30 peratus, tetapi jika kadar melebihi 35 peratus sehingga 40 peratus kompaun masih tidak dikenakan.

“Begitu juga kadar had laju, jika ditetapkan 110kmj tetapi pemanduan dilakukan antara 115kmj dan 120kmj masih belum dikenakan saman,” katanya lagi.

Justeru orang ramai yang mempunyai masalah atau kekeliruan mengenai penguatkuasaan peraturan JPJ boleh mendapatkan penjelasan di mana-mana kaunter badan penguakuasa itu seluruh negara.

“Sebab itu kita adakan program Jom JPJ ini di seluruh negeri. Kita buat di kawasan tumpuan orang ramai untuk memberi perkhidmatan bagi membantu orang ramai mudah menyelesaikan apa-apa masalah berhubung JPJ,” kata Ismail.

Jom JPJ turut memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan lain-lain agensi seperti Jabatan Kesihatan, Pos Malaysia dan Tabung Haji kerana dijalankan melalui strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) bagi mempertingkat tahap perkhidmatan kepada masyarakat.

Cermin Gelap Ismail Ahmad Jom JPJ JPJ nafi denda cermin gelap RM2000
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.