• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Nafi, Mana Ada Kena Denda Cermin Gelap RM2,000!

JPJ Nafi, Mana Ada Kena Denda Cermin Gelap RM2,000!

February 21, 2016 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter
JPJ Denda Cermin gelap
*Gambar sekadar hiasan

NASIB baik pihak editorial PanduLaju tidak terlibat dalam penyebaran berita palsu mengenai hal denda RM2,000 yang dikenakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pemasangan cermin gelap melebihi had.

Berdasarkan sumber berita dipetik Bernama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad mendakwa kompaun maksimum bagi kesalahan tersebut masih kekal RM300.

Menurutnya, terdapat kekeliruan pemahaman dan laporan media (The Sun) mengenai perkara ini yang turut memetik kenyataan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Denda hingga RM2,000 atau enam bulan penjara seperti dilaporkan itu ialah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama," katanya pada Program Jom JPJ Negeri Perlis 2016 di pasar raya di Kangar.

Ismail berkata, JPJ bertoleransi dalam mengenakan kompaun bagi kesalahan penggunaan cermin gelap dan pemanduan melebihi had laju serta mempertimbangkan kadar perbezaan 10 peratus bagi setiap had ditetapkan.

"Misalnya, penggunaan cermin gelap ditetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ialah 30 peratus, tetapi jika kadar melebihi 35 peratus sehingga 40 peratus kompaun masih tidak dikenakan.

"Begitu juga kadar had laju, jika ditetapkan 110kmj tetapi pemanduan dilakukan antara 115kmj dan 120kmj masih belum dikenakan saman," katanya lagi.

Justeru orang ramai yang mempunyai masalah atau kekeliruan mengenai penguatkuasaan peraturan JPJ boleh mendapatkan penjelasan di mana-mana kaunter badan penguakuasa itu seluruh negara.

"Sebab itu kita adakan program Jom JPJ ini di seluruh negeri. Kita buat di kawasan tumpuan orang ramai untuk memberi perkhidmatan bagi membantu orang ramai mudah menyelesaikan apa-apa masalah berhubung JPJ," kata Ismail.

Jom JPJ turut memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan lain-lain agensi seperti Jabatan Kesihatan, Pos Malaysia dan Tabung Haji kerana dijalankan melalui strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) bagi mempertingkat tahap perkhidmatan kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cermin Gelap, Ismail Ahmad, Jom JPJ, JPJ, nafi denda cermin gelap RM2000

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my