Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Melaka Mahu Lelong 87 Kenderaan 15 Ogos Ini, Mini Cooper Serendah RM4.5k
Auto Terkini

JPJ Melaka Mahu Lelong 87 Kenderaan 15 Ogos Ini, Mini Cooper Serendah RM4.5k

Han OthmanBy Han Othman23/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan mengadakan acara lelongan umum membabitkan 87 kenderaan yang disita badan penguatkuasa itu, berlangsung di JPJ Bukit Katil, Melaka, 15 Ogos depan.

Proses lelongan akan bermula jam 9.30 pagi, terdiri daripada 84 kereta, 2 van dan 1 lori. Antara kenderaan dilelong ialah sebuah Mini Cooper (2005) dengan status kenderaan tidak boleh daftar (skrap) pada harga bidaan RM4,500.

BACA >>> Yamaha RZ350 (1984) Edisi Kenny Roberts Ini Akhirnya Dilelong RM30k!

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff dipetik HMetro berkata, semua unit dilelong ialah kenderaan yang disita sejak 2014, sama ada dalam operasi JPJ, pemilik menyerah diri atau ditahan ketika di jalan raya.

“Daripada 87 kenderaan yang akan dilelong, 79 ialah kenderaan klon, enam dikategorikan sebagai skrap, termasuk sebuah Mini Cooper.

“Antara kenderaan diminati ialah BMW, Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz, Honda Stream, Honda Accord dan Toyota Wish,” kata Muhammad Firdaus di Pejabat JPJ negeri di Bukit Katil, semalam.

Harga rizab paling rendah untuk kenderaan boleh daftar ialah Proton Saga (1998), berharga RM450, dan paling tinggi ialah Honda Accord (2005), berharga RM19,500. Bagi kenderaan status ‘skrap’, harga rizab paling rendah ialah RM300 untuk Perodua Kancil dan Honda Odyssey (RM12,000).

“Nilai bidaan minimum bagi setiap kenderaan adalah RM100 dan pembida yang berminat untuk membida kenderaan ini perlu membeli naskah dokumen lelongan dari kami dengan harga RM100,” kata Muhammad Firdaus lagi.

Tarikh akhir jualan dokumen lelong yang hanya boleh dibeli secara tunai adalah hingga 4 petang 13 Ogos dan semua kenderaan akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 8-9 Ogos nanti bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

BACA >>> JPJ Sita 10 Motosikal, Tiada Lesen Memandu dan Cukai Jalan Tamat Tempoh Paling Banyak Disaman

Pembida yang berminat boleh membawa salinan kad pengenalan dan perlu membayar deposit tunai RM2,000 ketika pendaftaran. Wang itu akan dikembalikan jika bidaan tidak berjaya, tetapi akan ditolak daripada nilai bidaan jika berjaya buat bidaan.

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Melaka kereta lelong Kereta Lelong Melaka Lelong Kereta Lelong Kereta JPJ Muhammad Firdaus Shariff
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.