• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha RZ350 (1984) Edisi Kenny Roberts Ini Akhirnya Dilelong RM30k!

Yamaha RZ350 (1984) Edisi Kenny Roberts Ini Akhirnya Dilelong RM30k!

January 24, 2019 By Aryon Leave a Comment

30.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERATURAN ketat Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) tentang emisi kenderaan memaksa Yamaha RZ350 menjadi model streetbike 2-lejang terakhir dijual di Amerika Syarikat (AS).

Model ini dikuasakan enjin 347cc parallel-twin dengan transmisi klac manual 6-kelajuan yang datang dengan penukar bermangkin (catalytic converter) pada mufler, ciri sama diperkenalkan pada kapcai dan streetbike Yamaha popular Malaysia, 125Z dan RX-Z Catalyzer. Ia dipasang semata-mata supaya melepasi ujian emisi EPA.

BACA >>> #Videotomotif: Mari Kita Dengar Bunyi Ekzos Yamaha RX-Z TwinBoss

Sekilas pandang, rekabentuk RZ350 memang saling tidak tumpah seperti RX-Z, streetbike 135cc yang pernah jadi kegilaan anak muda Malaysia. Ini dapat dilihat pada bentuk tangki langsing, frem lampu dengan visor angin, kowl enjin (bajak), mufler ekzos, dan pelana bersambung. Bezanya, RZ350 dilengkapkan brek cakera depan dan belakang, absorber monoshock, lampu depan bulat, termasuk lampu signal (depan dan belakang), dan lampu belakang segitiga.

Rekabentuk klasik 1990-an dimiliki RZ350 membuatkan ia kekal sebagai model yang cantik dan evergreen. Malah di Malaysia, sendiri RX-Z dan 125Z mempunyai kelompok peminat dan pengumpul besar. Malah, berharga mahal di pasaran motosikal terpakai.

TRIBUT KENNY ROBERTS

kenny-roberts-cornering
kenny-roberts-5

Model RZ350 ini dipulihkan dengan konsep tribut pelumba legenda Yamaha dari AS, Kenny Roberts. Sepanjang kariernya, Roberts memenangi dua kali AMA Grand National Champion, dan tiga kali kejuaraan Daytona 200 dan 500cc Grand Prix.

Jentera lumba Roberts juga ialah motosikal pertama memaparkan skema warna hasil ilham Rollin 'Molly' Sanders’, iaitu hitam dan kuning yang dipanggil 'Speed Block'. Malah model-model moden Yamaha hari ini kekal meneruskan tradisi seragam itu walaupun berbeza warna. Tandatangan Roberts turut disemadikan pada setiap sisi fairing.

RZ350 ini dipulihkan semula bengkel Marbles Motors dengan menanggalkan komponen enjin dan dibina menjadi baharu. Semua alatan elektronik turut digantikan, manakala sistem brek dibaik pulih. Karburetor dibersihkan dan dibina semula dengan menggantikan jet dan jarum baharu sebelum ditala semula supaya sepadan dengan kamber Spec II versi terkini dengan paip ekzos OEM. Akhir sekali badan dicatkan warna asal.

BACA >>> Harley-Davidson Fat Boy dalam Terminator 2 Dilelong Hampir RM2 Juta

Hasilnya memang menggiurkan! 🤤

RZ350 ini akhirnya dilelongkan rumah lelongan Bonhams pada harga AS$7,475 (MYR 30,902). Wow, masih murah kalau nak dibandingkan RX-Z versi NOS di Malaysia!  😕

30.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Bonhams, Kenny Roberts, lelong, Lelong Motosikal, roda2, Rollin 'Molly' Sanders’, Speed Block, streetbike, Yamaha, Yamaha RX-2, Yamaha RZ350

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
  • SAV Terbabas Langgar Lopak Air Di LPT2, Warga Singapura Maut
    SAV Terbabas Langgar Lopak Air Di LPT2, Warga Singapura Maut
  • Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
    Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my