• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Melaka Mahu Lelong 87 Kenderaan 15 Ogos Ini, Mini Cooper Serendah RM4.5k

JPJ Melaka Mahu Lelong 87 Kenderaan 15 Ogos Ini, Mini Cooper Serendah RM4.5k

July 23, 2019 By Azhan O Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan mengadakan acara lelongan umum membabitkan 87 kenderaan yang disita badan penguatkuasa itu, berlangsung di JPJ Bukit Katil, Melaka, 15 Ogos depan.

Proses lelongan akan bermula jam 9.30 pagi, terdiri daripada 84 kereta, 2 van dan 1 lori. Antara kenderaan dilelong ialah sebuah Mini Cooper (2005) dengan status kenderaan tidak boleh daftar (skrap) pada harga bidaan RM4,500.

BACA >>> Yamaha RZ350 (1984) Edisi Kenny Roberts Ini Akhirnya Dilelong RM30k!

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff dipetik HMetro berkata, semua unit dilelong ialah kenderaan yang disita sejak 2014, sama ada dalam operasi JPJ, pemilik menyerah diri atau ditahan ketika di jalan raya.

“Daripada 87 kenderaan yang akan dilelong, 79 ialah kenderaan klon, enam dikategorikan sebagai skrap, termasuk sebuah Mini Cooper.

“Antara kenderaan diminati ialah BMW, Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz, Honda Stream, Honda Accord dan Toyota Wish,” kata Muhammad Firdaus di Pejabat JPJ negeri di Bukit Katil, semalam.

Harga rizab paling rendah untuk kenderaan boleh daftar ialah Proton Saga (1998), berharga RM450, dan paling tinggi ialah Honda Accord (2005), berharga RM19,500. Bagi kenderaan status 'skrap', harga rizab paling rendah ialah RM300 untuk Perodua Kancil dan Honda Odyssey (RM12,000).

“Nilai bidaan minimum bagi setiap kenderaan adalah RM100 dan pembida yang berminat untuk membida kenderaan ini perlu membeli naskah dokumen lelongan dari kami dengan harga RM100,” kata Muhammad Firdaus lagi.

Tarikh akhir jualan dokumen lelong yang hanya boleh dibeli secara tunai adalah hingga 4 petang 13 Ogos dan semua kenderaan akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 8-9 Ogos nanti bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

BACA >>> JPJ Sita 10 Motosikal, Tiada Lesen Memandu dan Cukai Jalan Tamat Tempoh Paling Banyak Disaman

Pembida yang berminat boleh membawa salinan kad pengenalan dan perlu membayar deposit tunai RM2,000 ketika pendaftaran. Wang itu akan dikembalikan jika bidaan tidak berjaya, tetapi akan ditolak daripada nilai bidaan jika berjaya buat bidaan.

Artikel Berkaitan

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Melaka, kereta lelong, Kereta Lelong Melaka, Lelong Kereta, Lelong Kereta JPJ, Muhammad Firdaus Shariff

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my