Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Didakwa Mahu Lucut Hak Milik Lori Sita, Walaupun Denda Sudah Bayar
Auto Terkini

JPJ Didakwa Mahu Lucut Hak Milik Lori Sita, Walaupun Denda Sudah Bayar

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize05/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERAMAI 35 pekerja syarikat pengangkutan jentera berat tidak menyangka lori muatan berat yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lima bulan lalu bakal dilucutkan hak milik.

Penyelia, yang juga wakil pekerja syarikat berkenaan, P Thanaseelan berkata, walaupun pihak syarikat sudah membayar denda atas kesalahan membawa lebih muatan batu dan pasir dari satu kuari di Rawang, tetapi semua 16 lori yang disita tidak diserahkan semula.

Beliau tidak faham alasan JPJ Putrajaya masih lagi menyita lori berkenaan dan memberi alasan melucut hak milik kenderaan berat tersebut.

Kita sudah bayar duit denda atas kesalahan yang dilakukan. Duit itu pun kami susah payah nak dapatkan. Kami gadai emas, kami pinjam dengan kawan-kawan untuk bayar saman itu. Tapi, lori tak lepas lagi. Pihak JPJ bagi alasan nak tuduh kami atas satu kesalahan lagi.

“Berapa kali kami nak dituduh di mahkamah atas satu kesalahan? Jadi, kita buat laporan polis untuk mendapatkan keadilan.”

Thanaseelan berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di Kuala Lumpur, hari ini. Menurutnya lagi, setiap lori yang ditahan JPJ dikenakan denda sebanyak RM25,000.

Ketika ini syarikat masih terpaksa membayar ansuran bulanan lori tersebut sebanyak RM5,000 kepada bank sedangkan kenderaan itu tersebut masih disita JPJ.

Kami mengaku kesalahan yang dilakukan dan pihak syarikat sudahpun bayar. Kami betul-betul minta tolong sebab pada masa ini kita betul-betul tengah susah.

Kami driver (pemandu) tiada kerja. Kami minta pihak-pihak yang berkenaan tolonglah kami, tolonglah kami…Lepaskanlah lori-lori itu untuk kami buat kerja dan teruskan kehidupan kami. Kami kini tengah merana.”

Thanaseelan turut meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook membantu menyelesaikan masalah dihadapi.

BACA >>> Brek Gagal Fungsi Punca Lori Pasir Undur, Rempuh 8 Kenderaan Belakang di Rawang
BACA >>> JPJ Bakal Dapat Seragam Baharu dengan Ciri Keselamatan Khas

SUMBER: MalaysiaGazette

Auto Terkini Denda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ lori lucut hak milik Saman sita
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.