Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Bongkar Sindiket Jual ‘Lesen Terbang’ Atas Talian, Bayar Serendah RM600
Auto Terkini

JPJ Bongkar Sindiket Jual ‘Lesen Terbang’ Atas Talian, Bayar Serendah RM600

WahidBy Wahid15/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis membongkar kegiatan sindiket menjual lesen memandu ‘terbang’ yang dibuat secara atas talian melalui media sosial tanpa memerlukan calon menghadiri kelas belajar memandu dan ujian JPJ.

Skim penipuan itu terbongkar berikutan penahanan seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam satu ops khas sekatan jalan raya (SJR) dilakukan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ.

BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Jenis Lesen Memandu di Malaysia?
BACA >>> 30 Jun Ini Hari Akhir Perbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh

Pelajar tersebut dilaporkan sedang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abangnya. Apabila lesen diperiksa pegawai JPJ, maklumat peribadi suspek didapati tiada dalam sistem MySikap.

Suspek kemudian mengakui mendapat lesen memandu di Melaka melalui iklan di Facebook yang menawarkan lesen Kelas B2 dan D tanpa perlu menghadiri kelas memandu di sekolah memandu, termasuk menjalani ujian penilaian JPJ. Harga perlu dibayar pula RM600. Malah, suspek juga mengaku tidak tahu lesen diperolehnya itu palsu.

JPJ kemudian mengeluarkan saman di bawah Seksyen 108(5) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000, serta boleh dipenjara tidak kurang setahun hingga lima tahun.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, berdasarkan pemantauan dan siasatan awal, sindiket itu mensasarkan pelajar atau remaja yang sudah mencapai usia untuk memiliki lesen memandu dengan menawarkan harga lebih rendah untuk mendapatkan lesen berbanding menerusi pembelajaran di sekolah dan institut memandu.

Malah, tawaran pembelian lesen palsu yang diiklankan dalam FB atau Instagram (IG) juga berlaku dalam tempoh singkat menerusi pautan URL yang diberikan dan segala pendaftaran untuk lesen apa juga kelas kenderaan turut diwujudkan.”

BACA >>> Tiada Lesen, Pinjam Motosikal Bapa, Remaja 16 Tahun Maut Kemalangan
BACA >>> #TahukahAnda: Tiga Kategori Lesen Memandu di Belgium

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Lesen Memandu Malaysia Lesen Memandu Terbang lesen terbang
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.