Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jom ‘Test Power’ Pulsar NS200, RS200 dalam Trek, Sabtu Ini! Ada Nasib, Menang Motor Beb!
Auto Terkini

Jom ‘Test Power’ Pulsar NS200, RS200 dalam Trek, Sabtu Ini! Ada Nasib, Menang Motor Beb!

ZYBy ZY20/12/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH ragu-ragu dengan kebolehan jentera besar terbaharu Modenas, Pulsar NS200 dan RS200?

Nah, 23 Disember nanti, iaitu Sabtu ini adalah peluang terbaik kepada anda yang mahu merasai sendiri kehebatan dua model Modenas tersebut, termasuk berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa sebuah Pulsar NS200! Wow!

Pada tarikh tersebut, Modenas bakal menganjurkan program ‘Pulsar Power 2017’ bertempat di Litar Speedway Plus. Jika belum pernah ke sini, litar itu cuma bersebelahan ruang USJ Rest & Service Area di Lebuhraya ELITE arah selatan. Paling penting motosikal disediakan Modenas!

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Berani Kata Pulsar NS200 Motor ‘Cikai’, Wajib Tonton Video Ini!!!

Menariknya, sesi tunggang uji ini dibahagikan kepada tiga acara utama seperti berikut:

  • Power Time Attack – Peserta diberi satu out-lap, satu flying lap, satu in-lap dan catatan masa mengikut transponder disediakan. Slot terhad kepada 250 peserta pertama.
  • Power Test Ride – Peserta diberikan sekali percubaan, 2 lap 10 minit untuk menguji kuasa, pengendalian dan prestasi brek. Slot terhad kepada 500 peserta pertama.
  • Power Corner – Aktiviti figure 8 dengan objektif sagat lutut atau ‘drag knee’ semasa cornering. Slot terhad kepada 500 peserta pertama.

Bagi semua sesi di atas, peserta wajib bawa sendiri sut menunggang seperti helmet, sarung tangan, jeans dan jaket. Jika ada sut penuh dan kelengkapan menunggang (riding gear), elok saja dibawa bersama. Cuma acara Power Corner sahaja pad lutut disediakan.

Kepada mereka yang tidak mahu menunggang uji, dan hanya ingin bersama keluarga menonton acara disediakan, Modenas turut mengadakan aktiviti lain seperti:

  • Reruai daftar masuk untuk sesi tunggang uji.
  • Baucar makanan dan kemeja-T percuma, trak makanan pilihan Chef Wan.
  • Pendaftaran cabutan bertuah, hadiah utama – sebuah Pulsar NS200.
  • Pameran dan jualan Pulsar NS200 dan RS200.
  • Taklimat video keselamatan.
  • Penyenggaraan dan pemeriksaan percuma untuk 200 pemilik Modenas pertama yang hadir.

Acara bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, tetapi mungkin anda perlu datang awal jika tidak mahu terlepas peluang menyaksikan atau menyertai sesi tunggang uji. Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi segera laman web rasmi Modenas Pulsar Power DI SINI. 

Jumpa di sana. Jangan kata kami tak habaq pula nooo!

litar speedway Modenas modenas pulsar power pulsar ns200 pulsar power pulsar rs200 test ride
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Roda4

BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.