Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jom Balik Raya dengan Peugeot 5008, SUV Praktikal untuk Seisi Keluarga!
Roda4

Jom Balik Raya dengan Peugeot 5008, SUV Praktikal untuk Seisi Keluarga!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH lebih seminggu kita berpuasa, dan tinggal berapa minggu saja lagi Aidilfitri bakal tiba. Bahang balik kampung kini mula terasa. Si isteri dan suami pula sibuk berkempen supaya anak-anak mahu ikut beraya di kampung halaman masing-masing. Bagi keluarga yang sudah lama menggunakan sistem demokrasi, memang tiada masalah kerana sentiasa bergilir saban tahun.

Tetapi, masalah paling besar perlu dihadapi ialah saiz keluarga yang besar. Memang jadi dilema saban tahun apabila perlu memikirkan bagaimana perlu mengemas barang-barang peribadi, anak, dan pasangan, termasuk saudara mara di kampung nanti.

Kalau kereta kecil, perlu fikirkan pula bagaimana hendak muatkan segala barangan tersebut ke dalam but. Bukan sekadar pakaian saja, tetapi termasuklah juga aneka macam kuih dan makanan. Kalau ada anak kecil, wajib pula bawakan botol, lampin, susu, buaian, dan stroler.

BACA >>> 11 Fakta Pantas | Peugeot 5008 Lancar 25 April (Rabu) Ini, Harga RM173k

Apapun, jangan bimbang. Semua dilema tersebut boleh selesai dengan Peugeot 5008 baharu! Sekarang sekelip mata semua masalah itu mampu ditangani sebelum masing-masing bertukar jadi ‘hijau’. Agak-agak, apa yang spesial pasal Peugeot 5008.

Lebih menarik Peugeot 5008 ketika ini ditawarkan pada harga tanpa GST, RM164,071.89 untuk varian 5008 Allure, dan RM169,732.26 untuk 5008 Allure +.

1. KERUSI KETIGA BOLEH TANGGAL

Bukan mudah menyusun pelbagai barang milik lima anak beranak dalam but. Peugeot 5008 menawarkan but dalam pelbagai konfigurasi yang boleh diluaskan dengan satu butang sentuhan di kerusi barisan ketiga. Selain boleh lipat dalam konfigurasi 50:50, kerusi baris ketiga itu juga boleh ditanggalkan untuk mendapatkan saiz but 702 liter, lebih luas 182 liter berbanding 3008.

Selalunya, jika anda sekeluarga cuma lima beranak, tentu kerusi baris ketiga tidak diperlukan. Mudah saja, anda cuma keluarkan dua unit kerusi tersebut dan simpan dalam rumah. Sekarang anda boleh muatkan barang yang bersaiz panjang hingga 3.2 meter.

2. LAGAK SUV, PRAKTIKALITI MPV

Peugeot 5008 yang baru diperkenalkan ini melalui proses transfomasi menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C. Pada masa sama, 5008 masih mengekalkan DNA lama sebagai MPV dengan kemampuan muatan besar.

Walaupun ada perubahan signifikan, tetapi apa dipertahankan Peugeot ialah ciri kabin yang mampu memanfaatkan ruang untuk 7 penumpang. Jadi, kepada anda sekeluarga lima atau tujuh beranak, itu bukan masalah untuk pulang ke kampung dengan selesa walaupun jauh mengembara.

Malah, dimensi yang mirip Nissan X-Trail dengan jarak roda lebih panjang 135mm yang pastinya memberikan ruang lebih luas berbanding SUV tersebut. Pengguna juga diberikan ciri pautan ISOFIX 3-poin untuk kerusi kanak-kanak.

3. BEBAN BERAT, TIADA MASALAH

Perjalanan pulang ke kampung dengan muatan penuh dan pelbagai barang tidak lagi jadi masalah besar. Enjin tidak perlu lagi bekerja keras ketika meredah laluan berbukit, terutama menuju Utara di kawasan Bukit Gantang sekitar terowong Menora.

Enjin  petrol 1.6L Twin-Scroll Turbo Tekanan Tinggi (THP) dengan suntikan bahan api berkuasa 164hp (6,000rpm) dan tork 240Nm (1,400rpm) mampu menjalankan tugas dengan baik tanpa lengah atau kehilangan kuasa. Transmisi automatik 6-kelajuan dengan teknologi Quickshift dan pedal syif membantu perjalanan jadi lebih lancar.

4. KESELESAAN KABIN UNTUK SEISI KELUARGA

Bahagian kabin menawarkan praktikaliti dan keselesaan buat penumpang sepanjang perjalanan. Papan pemuka mengambil ilham tema i-Cockpit Peugeot, sama seperti model Peugeot generasi baharu lain.  Seisi keluarga kini dapat berhibur menerusi set stereo skrin sentuh warna 8-inci dengan konektiviti MirrorLink, Apple CarPlay, Android Auto dan Bluetooth.

Ambien dalaman diserikan pencahayaan LED sambil dimeriahkan sistem bunyi berkualiti 3D Arkamys.

Mama papa di depan pun tidak lagi perlu berebut mahu mengecas telefon pintar dengan anak-anak di belakang kerana 5008 ada menawar port USB di belakang. Ini termasuk tetapan penyaman udara yang pastinya membuatkan penumpang belakang terlentuk kenyamanan.

GALERI
Harga 2018 Peugeot 5008 Malaysia
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
harga Peugeot 5008 Malaysia 2018
2018 Peugeot 5008 Malaysia
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
2018 Peugeot 5008 Malaysia
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
harga Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
meter Peugeot 5008 Malaysia 2018
2018 Peugeot 5008 Malaysia
enjin Peugeot 5008 Malaysia 2018
kerusi 2018 Peugeot 5008 Malaysia
2018 Peugeot 5008 Malaysia
2018 Peugeot 5008 Malaysia
Balik Kampung Balik Raya Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) MPV Nasim Sdn Bhd Peugeot Peugeot 5008 Peugeot 5008 (2018) Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.