Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»11 Fakta Pantas | Peugeot 5008 Lancar 25 April (Rabu) Ini, Harga RM173k
Roda4

11 Fakta Pantas | Peugeot 5008 Lancar 25 April (Rabu) Ini, Harga RM173k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Peugeot 3008 tahun lalu, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd bakal memperkenalkan Peugeot 5008 ke pasaran negara ini. Model kenderaan pelbagai guna (MPC) 7-kerusi itu dijadualkan dilancarkan 25 April (Rabu) depan.

Berikut informasi ringkas perlu anda ketahui tentang Peugeot 5008 yang bakal dilancarkan minggu depan:

1. Pasaran tempatan hanya ditawarkan dalam satu varian: 5008 Allure THP, berharga RM173, 888 (termasuk GST, tanpa insurans). Pelanggan yang memilih warna putih mutiara (pearl white) perlu menambah RM1,590.

2. Penampilan luaran 5008 dan 3008 adalah sama, cuma berbeza dimensi dan segmen kenderaan. 5008 ialah model MPV, manakala 3008 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV).

3. 5008 mempunyai dimensi lebar (1,906mm), tinggi (1,646mm) dan panjang (4,641mm), dengan jarak roda (2,840mm). Berbanding 3008, dimensi badan 5008 lebih lebar 3mm, lebih tinggi 16mm dan lebih panjang (194mm).

4. Seperti 3008, MPV jenama Perancis itu didatangkan dengan rekaan signatur ‘kuku harimau’ untuk lampu depan dan belakang berserta ciri LED, termasuk lampu kabus. Melengkapkan penampilan 5008 ialah rim aloi 18-inci Los Angeles.

5. Menampilkan tema i-Cockpit Peugeot.  Bahagian atas stereng terhidang paparan instrumen digital 12.3 inci, manakala tengah papan pemuka dipasang skrin sentuh warna 8-inci dengan konektiviti MirrorLink, Apple CarPlay, Android Auto dan Bluetooth.  Dalaman 5008 turut diserikan dengan pencahayaan LED dan dimeriahkan sistem bunyi berkualiti 3D Arkamys.

6. Pemandu dapat melaraskan posisi duduk ideal menerusi ciri kerusi elektrik boleh laras 8-tetapan dengan butang  memori.

7. Ruang but belakang boleh diluaskan dengan satu butang sentuhan pada kerusi barisan ketiga. Selain dilipat dalam konfigurasi 50:50, kerusi baris ketiga juga boleh ditanggalkan untuk mendapatkan saiz but 702 liter, lebih luas 182 liter berbanding 3008.

8.  Dijana enjin petrol 1.6L Twin-Scroll Turbo Tekanan Tinggi (THP) dengan suntikan bahan api berkuasa 164hp (6,000rpm) dan tork 240Nm (1,400rpm). Hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 6-kelajuan dengan teknologi Quickshift dan pedal syif.

9. Didatangkan dengan ciri standard seperti 3008. Antaranya: lampu kabus LED, masukan tanpa kunci, butang henti-mula, kemasan kulit hitam Claudio, kemasan fabrik papan pemuka dan pintu, lampu dan pengelap cermin automatik, cermin pandang belakang malap automatik, penyaman udara di tempat duduk barisan kedua dan paparan kamera undur.

10. Menawarkan ciri keselamatan termaju dan lengkap, terdiri daripada 6-beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Kawalan Bantuan Turun Bukit (HADC), Bantuan Daki Bukit (HSA), Amaran Lencong (LDW), Amaran Perhatian Pemandu (DAA), pautan kerusi ISOFIX dan lain-lain.

11. Setiap pembelian 5008 disertakan bersama waranti lima tahun atau 120,000km perbatuan (mana satu tiba dahulu) dan Bantuan Peugeot 24 Jam selama 3 tahun.

GALERI
Harga 2018 Peugeot 5008 Malaysia
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
2018 Peugeot 5008 Malaysia
harga Peugeot 5008 Malaysia 2018
2018 Peugeot 5008 Malaysia
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
meter Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
harga Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
2018 Peugeot 5008 Malaysia
2018 Peugeot 5008 Malaysia
kerusi 2018 Peugeot 5008 Malaysia
2018 Peugeot 5008 Malaysia
enjin Peugeot 5008 Malaysia 2018
2018 Peugeot 5008 Malaysia Harga 2018 Peugeot 5008 Malaysia Harga Peugeot 5008 Malaysia 2018 MPV Nasim Sdn Bhd Peugeot Peugeot 3008 Peugeot 3008 2017 Malaysia Peugeot 5008 Peugeot 5008 Malaysia 2018 Peugeot 508
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.