Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Paesen Dilantik Naib Presiden Rekabentuk Dalaman Kia
Auto Terkini

Paesen Dilantik Naib Presiden Rekabentuk Dalaman Kia

Abang HirataBy Abang Hirata30/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA sejak dulu cenderung melantik individu berpengalaman ke jawatan penting syarikat itu. Terbaharu, Jochen Paesen dilantik sebagai Naib Presiden Rekabentuk Dalaman Kumpulan.

Bakal menyandang jawatan itu bermula Mac ini, Paesen akan bertugas di Pusat Rekabentuk Kia di Namyang, Korea di bawah, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pusat Rekabentuk Kia, Karim Habib yang berpengalaman dalam bidang rekabentuk selain pernah berkhidmat bersama BMW, Mercedes-Benz dan Infiniti. Paesen juga pernah bekerja dengan Karim pada awal karier.

Setakat ini, ada tiga individu berpengalaman dari BMW bersama Hyundai/Kia, termasuk Albert Biermann yang juga bekas ketua BMW M.

BACA >>> Albert Biermann – Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!

Tugas Paesen ialah menyelia pembangunan rekabentuk dalaman kenderaan Kia untuk masa depan. Secara khusus, kehadiran beliau adalah mengukuhkan keupayaan rekabentuk dalaman kenderaan elektrik (EV) dan elektrifikasi pada masa depan.

Paesen sebelum Kia ialah Pengarah Rekabentuk Dalaman NIO dari China yang terkenal dengan pembuatan EV dan model konsep menawan. Secara am, beliau memiliki pengalaman hampir dua dekad dalam projek rekabentuk dalaman jenama massa, premium dan start-up.

Bersama NIO , Paesen bertugas di Munich, Jerman dengan mengetuai barisan pereka antarabangsa dan mengasaskan identiti rekabentuk dalaman syarikat sebelum memasuki pasaran. Beliau juga lama berkhidmat dengan BMW Group dan antara hasil sentuhannya ialah model konsep BMW Vision Efficient Dynamics dan BMW i8 Roadster.

Pusat Rekabentuk Kia di Namyang adalah nadi kepada rangkaian rekabentuk global Kia. Segala aspek penyeliaan rekabentuk dari konsep ke permodelan hingga gaya dan pembangunan warna, termasuk bahan dihasilkan di situ. Ibu pebajat rekabentuk itu juga bekerjasama dengan pusat rekabentuk serantau di China, Eropah dan Amerika Syarikat.

BACA >>> Mantan Ketua Rekabentuk BMW, Karim Habib Sertai Kia Motors

RINGKASAN KARIER JOCHEN PAESEN

2016-2019: (Senior) / Pengarah Rekabentuk Dalaman NIO
2014-2015: Ketua Rekabentuk Dalaman BMW i
2012-2014: Ketua Projek Rekabentuk Dalaman, BMW Group
2010-2012: Pengarah Kreatif Rekabentuk Dalaman, BMW Group
2006-2010: Pereka Dalaman, BMW Group
2002-2006: Pereka Dalaman, Volkswagen AG

BACA >>> Kia Seltos – SUV Segmen-B untuk Peminat Gaya Boxy

Auto Terkini BMW i8 Roadster BMW Vision Efficient Dynamics Jochen Paesen Karim Habib Kia Kia Motors Pusat Rekabentuk Kia
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.