Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

SyafieBy Syafie17/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jetour T2 2026

JETOUR Malaysia terus meluaskan kehadiran di pasaran tempatan menerusi pelancaran Jetour T2 2026 sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) keupayaan tinggi yang direka untuk memenuhi keperluan pemanduan harian selain menawarkan kebolehan merentas pelbagai permukaan jalan.

SUV segmen-C itu menggabungkan enjin turbo berkuasa, sistem pacuan semua roda pintar (iAWD), teknologi konektiviti terkini dan ciri keselamatan komprehensif dalam rekabentuk SUV berkotak yang lasak serta menonjol.

Jetour T2 2026
Jetour T2 2026

Pengenalan Jetour T2 itu juga memberi pilihan baharu kepada pelanggan dalam segmen SUV berorientasi kembara yang semakin berkembang di Malaysia.

Enjin 2.0L Turbo dengan Intelligent XWD

Jetour T2 2026

Dari segi prestasi, Jetour T2 2026 dikuasakan enjin 2.0L TGDi (turbo suntikan terus) dengan output kuasa 180kW (241hp) dan tork 375Nm.

Kuasa disalurkan ke roda melalui transmisi dual-klac 7-kelajuan (7DCT), dan dipadankan sistem pacuan semua roda pintar dipanggil Intelligent XWD milik Jetour.

Jetour T2 2026
Jetour T2 2026

Sistem itu turut hadir bersama mod pemanduan 7+X, yang secara automatik menyesuaikan agihan tork mengikut kondisi jalan dan permukaan pemanduan.

Hasilnya adalah cengkaman, kestabilan dan kawalan kenderaan dapat dipertingkat sama ada ketika memandu dalam bandar, di lebuh raya atau laluan tidak rata.

Jetour T2 2026 juga menggunakan rim aloi 19 inci dengan tayar 255/60 R19, yang menyerlahkan penampilan sebuat SUV yang gagah dan sesuai untuk aktiviti off-road.

Rekabentuk Kotak, Karakter Lasak

Jetour T2 2026
Jetour T2 2026

Dari segi luaran, Jetour T2 2026 menampilkan rekabentuk kotak yang jelas menyerlah ketika memandu di jalanan. Antara elemen utama SUV tersebut ialah:

  • Lampu utama LED automatik
  • Lampu signatur ‘Jetour’ iluminasi
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
  • Lampu belakang LED
  • Tayar simpanan dipasang di belakang
  • Fungsi pintu ditutup lembut (soft-close)

SUV itu ditawarkan dalam pilihan tiga warna: Khaki White (putih), Aviation Silver (kelabu), dan Carbon Black (hitam)

Kabin Moden dengan Unit Infotainmen 15.6 Inci, Sistem Audio SONY

Jetour T2 2026

Menjengah ruang kabin, Jetour T2 2026 dilengkapi unit infotainmen 15.6 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto secara wayarless untuk konektiviti telefon pintar yang lancar.

Jetour T2 2026 turut disediakan pembantu pintar ‘Hello Jetour’, yang membolehkan pemandu mengawal navigasi, penyaman udara dan fungsi media secara arahan suara.

Antara ciri teknologi lain ialah:

  • Pengecas pantas wayarles 50W
  • Sistem audio premium SONY dengan 12 pembesar suara

Gabungan itu memberikan pengalaman hiburan lebih imersif untuk pemanduan harian atau perjalanan jarak jauh.

Keselesaan Premium untuk Iklim Tropika

Jetour T2 2026

Dari segi keselesaan, Jetour T2 2026 dilengkapi pelbagai ciri premium yang direka khas untuk keselesaan pengguna Malaysia, seperti:

  • Kerusi kemasan kulit sintetik (leatherette)
  • Kerusi depan ada fungsi memori dan aluan (welcome), serta dilengkapi sistem ventilasi
  • Lampu ambien pelbagai warna
  • Bumbung suria panoramik

Gabungan ciri itu membuatkan kabin rasa lebih luas dan selesa, sama ada untuk pemanduan bandar atau pengembaraan hujung minggu.

Rating Keselamatan 5-Bintang Asean NCAP

Dari aspek keselamatan, Jetour T2 2026 memperoleh rating keselamatan 5-Bintang Asean NCAP dengan dilengkapi ciri keselamatan dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:

  • 6 beg udara SRS
  • ADAS Tahap 2
  • Sistem Pemantau Paparan Panoramik (PVMS) 360º
  • Paparan casis lut sinar
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)

Semua sistem itu membantu meningkatkan kesedaran pemandu, mengurangkan keletihan ketika memandu dan memberikan perlindungan menyeluruh kepada penumpang.

Harga, Waranti

Jetour T2 2026

Jetour T2 2026 ditawarkan pada harga RM156,800, berserta pakej:

  • Waranti kenderaan: Tujuh [7] tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu)
  • Waranti enjin: 10 tahun atau 1,000,000km (mana satu tiba dulu)
  • Lima [5] kali servis percuma

Tempahan kini dibuka dan model tersebut sudah mula tersedia di bilik pameran Jetour Malaysia yang sah seluruh negara.

Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Jetour T2 2026
Auto Terkini Jetour Malaysia jetour T2 Jetour T2 2026 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV kompak SUV Segmen-C
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.