Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jepun Lancar Honda CR-V BLACK EDITION dengan Pilihan 7-Kerusi
Roda4

Jepun Lancar Honda CR-V BLACK EDITION dengan Pilihan 7-Kerusi

Abang HirataBy Abang Hirata24/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA CR-V generasi pertama dilancarkan pada 1995 sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan keselesaan seperti sebuah sedan. Kini memasuki generasi kelima, CR-V sentiasa kekal menarik perhatian dengan mengumpul kelompok peminat tersendiri.

Berbeza empat generasi terdahulu, generasi kelima (G5) hadir dengan rekabentuk agresif sebagai SUV peneroka hutan konkrit. CR-V G5 mula dikeluarkan pada November 2016 dan seperti kelaziman, versi naik taraf (facelift) diperkenalkan dalam tempoh pertengahan kitaran produk.

BACA >>> Honda CR-V Spesifikasi Eropah Paling Selamat, Penuhi Piawaian Keselamatan EU

Versi naik taraf didedahkan pada November 2019 di Amerika Utara selain menjadi CR-V pertama di rantau itu dengan trenkuasa hibrid. Jika CR-V G5 pun sudah agresif, penampilan versi naik taraf pasti lebih menonjol dengan bahagian depan ala kereta sport.

Fakta menarik mengenai jualan CR-V adalah model SUV itu sebenarnya lewat masuk ke pasaran negara sendiri, Jepun iaitu pada Ogos 2018.

Malah, pelancaran di Negara Matahari Terbit itu lebih lewat berbanding Thailand, Indonesia dan negara kita pada 2017. Perkara itu bukan pelik kerana sesuatu model akan dilancarkan mengikut kepelbagaian pelanggan dan pilihan yang ada. Bukan lagi mengikut negara asal sesuatu jenama itu.

BACA >>> #KLIMS2018: Honda HR-V RS, Jazz dan CR-V Konsep Mugen Tarik Perhatian Ramai

CRV BLACK EDITION DIPERKENAL

Walaupun lewat, pasaran Jepun memintas menerusi CR-V sebagai model perubahan minor (MMC) dengan nama CR-V BLACK EDITION pada 18 Jun 2020, dan tidak seperti CR-V pasaran Amerika Utara dengan penampilan agresif. Tiada bampar depan menonjol kecuali perubahan pencahayaan lampu signal kepada jenis sekuensial dan stereng dengan pemanas sebagai ciri standard.

Honda juga memperbaharui varian dan memperkenalkan tiga warna baharu, manakala model hibrid dijenamakan sebagai CR-V e:HEV seperti digunakan pada Jazz baharu.

CIRI HONDA CR-V BLACK EDITION

Luaran
  • Gril depan,ย kemasan lampu kabus,ย kemasan bahagian bawah pintu,ย kemasan pintu but dalam warna hitam krom.
  • Warna sambunganย lampu depan ditukar kepada hitam.
  • Lampu kombinasi LED belakang jenisย smoke.
  • Rim aloi BLACK EDITION hitam 18 inci.
  • Lencana khas BLACK EDITION.
Dalaman
  • Kerusi kulit asli dengan lencana BLACK EDITION.
  • Kemasan pintu dan bahagian lain berwarna hitam piano.
  • Kemasan kayu ditukar kepada hitam.
  • Pelapik bumbungย hitam.
Honda CR-V EX BLACK EDITION
Honda CR-V eHEV EX BLACK EDITION

Menggerakkan CR-V EX Black Editionย ialah enjin 1.5L VTEC Turbo DOHC dengan padanan transmisi CVT (jenis penukar tork), mod 7-kelajuan dan pedal syif.

Varian CR-V e:HEV EX BLACK EDITIONย dipacu enjin 2.0L DOHC i-VTEC +e:HEV (hibrid) dengan transmisi E-CVT dan pemilih nyahpecutan (deceleration selector).

Kedua-dua jenis enjin ditawarkan dalam pilihan pacuan 2WD (FF) atau 4WD. Bagi jumlah penumpang, CR-V EX BLACK EDITIONย boleh dipesan dengan konfigurasi 5- atau 7-kerusi, manakala CR-V e:HEV EX BLACK EDITIONย hanya ditetapkan kepada 5-kerusi sahaja.

Mengenai harga, CR-V EX BLACK EDITIONย (FF, 5-kerusi) ditawarkan pada harga 3,774,100 yen (RM150,970), manakala CR-V e:HEV EX BLACK EDITION (FF) berharga 4,338,400 yen (RM173,550).

BACA >>> Honda e Janjikan Pemanduan Seronok dengan Sistem RWD dan Tork 300Nm!

GALERI
Honda CR-V eHEV EX BLACK EDITION
Honda CR-V eHEV EX BLACK EDITION
Honda CR-V EX BLACK EDITION
Honda CR-V eHEV EX BLACK EDITION
Honda Honda CR-V Honda CR-V 7-Kerusi Honda CR-V Black Edition Honda Japan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV Segmen-C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Australia menjadi antara pasaran pertama luar Jepun bakal menerima Pusat Prestasi Nismo
    Auto Terkini

    Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor Pusat Prestasi Nismo Buka di Australia

    25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.