Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jepun Baru Dapat Honda Civic Sedan, Hatchback Facelift, Harga Mula RM103k
Roda4

Jepun Baru Dapat Honda Civic Sedan, Hatchback Facelift, Harga Mula RM103k

Abang HirataBy Abang Hirata13/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN memperkenalkan Civic Type R versi dipertingkat (facelift) di Tokyo Auto Salon (TAS) 2020, Honda turut menggunakan acara sama untuk melancarkan Civic Sedan dan Hatchback facelift.

Jika Civic Type R facelift tampil kali pertama di Tokyo, Civic Sedan dan Hatchback facelift pula tiba agak lewat di Jepun berbanding pasaran lain, termasuk negara kita.

BACA >>> Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!

Rupa luaran Civic Sedan edisi facelift itu nampak sama saja dengan pasaran lain, kecuali ciri Honda Sensing yang dipakejkan standard untuk semua varian. Ada bampar baharu dan juga warna baharu untuk rim aloi dengan rekaan sama seperti Civic tempatan pra-facelift dengan rim baharu bentuk ‘kipas’ tajam.

Menggerakkan Civic ialah enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 171hp @ 5,500 rpm dan tork 220Nm @ 1,700- 5,500rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT.

BACA >>> Honda Civic Type-R ‘Project’ Edisi Pikap Dikesan di Lot Parkir


HONDA CIVIC HATCHBACK FACELIFT

Civic Hatchback edisi facelift pula lebih menyerlah ibarat ‘adik’ kepada Type R. Bampar depan dan belakang menampilkan rekabentuk agresif agresif, terutama bahagian sisi kiri dan kanan. Ciri sporty ditambah pula aksesori pilihan seperti bumbung suria besar.

Rupa agresif itu dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan dan batang tombol gear pendek sporty. Model hatchback ini dipacukan enjin 1.5L VTEC Turbo, sama seperti model sedan. Namun, kuasa Civic Hatchback lebih tinggi, 180hp @ 5,500rpm untuk transmisi manual, dan 180hp @ 6,000rpm untuk transmisi automatik CVT.

Tork pada varian manual juga lebih tinggi, 240Nm @ 1,900-5,000rpm, manakala varian CVT kekal sama seperti sedan, 220Nm @ 1,700-5,500rpm.

Seandainya ada ditawarkan di pasaran Malaysia, Civic Hatchback ini dilihat mampu memenuhi cita rasa ramai peminat Honda yang mahukan varian sporty pada harga lebih rendah berbanding Type R.

BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi i-MMD Honda Gabungkan Manfaat Enjin Petrol, Hibrid dan EV

VARIAN DAN HARGA HONDA CIVIC FACELIFT SPESIFIKASI JEPUN

  • Civic Sedan – 2,761,000 yen (RM102,830)
  • Civic Hatchback – 2,948,000 yen (RM109,800), CVT | 2,948,000 yen (RM109,800), MT
Honda Honda Civic Honda Civic Hatchback Honda Civic Sedan honda sensing Roda4 TAS 2020 Tokyo Auto Salon (TAS) 2020
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.