Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jenama Proton Tak Ada Masalah, Cuma Servis Lepas Jualan Kena Tambah Baik – Ryan Lai
Auto Terkini

Jenama Proton Tak Ada Masalah, Cuma Servis Lepas Jualan Kena Tambah Baik – Ryan Lai

Abang GYLBy Abang GYL17/12/20176 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN berhadapan pelbagai rintangan, Ryan Lai, pemilik Pusat Servis Proton di Nilai, Negeri Sembilan yakin jenama nasional itu akan kembali ke atas.

Bermula kerjaya sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat terkemuka Korea, Ryan nekad mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan terus mewarisi perniagaan keluarganya, yakni Pusat Servis LHM One Stop Car pada 2007.

Menurut Ryan, perniagaan pada masa itu agak merudum dan hanya membaiki sekitar 60 unit kenderaan sebulan. Ayah pula hampir berputus asa dan berhasrat mahu menjual pusat servisnya.

“Selepas berhenti kerja, saya cuba cari apakah punca yang menyebabkan perniagaan merudum. Sebenarnya, tak ada-apa masalah dengan jenama Proton, tetapi perkhidmatan selepas jualan ditawarkan Pusat Servis kami yang perlukan perubahan.

“Perkara pertama saya lakukan adalah memperkenalkan dasar sumber manusia dan pentadbiran. Saya juga memastikan semua juruteknik terlatih dan berdisiplin.

” Hasilnya, daripada 60 unit, kami kini menerima lebih 1,300 model Proton yang datang servis di sini. Rata-rata pemilik kenderaan datang dari kawasan Nilai, Cyberjaya, Putrajaya, KLIA dan Sepang,” katanya lagi.

Pusat Servis LHM One Stop Car kini memiliki 65 pekerjaydan10 daripadanya bertugas di bahagian bilik pameran. Pada tahun lalu juga, pusat servis ini telah dinaik taraf kepada pusat 4S Proton (jualan, servis, alat ganti dan semburan cat).

Dalam pada itu, Ryan adalah salah seorang daripada 28 pengedar Proton yang terpilih melawat pusat operasi Geely di China, baru-baru ini.

BACA >>> Lepas Lawat Geely Di China, Kami Yakin Masa Depan Proton Kembali Cerah – Pengedar Proton

KUALITI BOYUE MEMANG TERBAIK

Tambah Ryan lagi, dia sangat tertarik dengan kualiti perkhidmatan pelanggan di salah satu cawangan Geely di Shanghai.

“Ruang menunggu seakan hotel bertaraf 5-bintang. Kebiasaannya suasana sebegini hanya boleh dirasai oleh pemilik kereta premium di Eropah. Tetapi, Geely turut menawarkan suasana sama kepada pelanggan mereka.

“Begitu juga kualiti. Mulanya, saya agak ragu dengan kualiti kenderaan China, terutama Boyue yang bakal diperkenalkan Proton tahun depan.

“Namun segala persepsi buruk itu berubah setelah diberikan peluang memandu uji Danish saya yakin kehadiran bakal memberi nafas baharu buat Proton,” jelas Ryan dengan semangat.

Geely Proton pusat servis LHM One Stop Car pusat servis proton pusat servis proton di nilai Ryan Lai
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026

    6 Comments

    1. Alan Raz on 18/12/2017 00:26

      Aku setuju dengan cerita ini. Masalah utama Proton adalah pusat servis. Ramai yang mengadu pusat servis gagal selesaikan masalah kereta sedangkan kereta masih dalam waranty.

      Nak tengok pusat servis terbaik, belajar dari pusat servis Honda, Merc atau BMW. Layan pelanggan dengan baik dan mekanik yang berpengalaman.

      Orang tak ada masalah nak beli alat ganti tulen kalau mekanik pusat servis Proton betul betul mahir. Ini bila hantar kereta, mekanik kata tak jumpa punca masalah atau bila dah tukar barangpun, masalah masih ada. Yang sebenar bermasalah adalah mekanik. Dia tak pandai sebenarnya.

      Reply
    2. Ahamadfauzi on 19/12/2017 08:56

      Aku guna dua kereta Proton buat masa ni, Iriz 1.3A dan Persona 1.6A. Pada aku kereta Proton mutunya bukanlah seteruk yg diwar warkan. Antara Perodua dgn Proton aku akan pilih proton. Ini bukan pertama kali aku guna jenama Proton, sebelum ni aku pernah guna Saga 1st model, wira, satria, perdana, waja, tiara, savvy, exora. Seingat aku lebih dari 20 buah kereta Proton aku guna. Mutu ada, harga spepart pun boleh dikira rendah lg jika dibandingkan dgn jenama lain. Cuma masalahnya jika nak dptkan spepart kat service centre memang lambat, bila complain pasal kereta. Balik2 suruh tinggal kereta lama2. Abis kalau lama tinggalkan kat situ, nak gi kerja nak naik apa, kalau depa sediakan kereta spare takpa. Takkan nak gi keja jln kaki kot. Kadang2, servis entah apa2 kn byr, bila diorg mintak duit, kita byr, nak cepat gi kerja tak sempat semak bil, bila blk rumah, semak bil, entah apa2 depa tulis. Kadang2 bila kita complain, staf servis sendiri ckp, biasalah encik, ini kereta Malaysia, bkn kereta import. Itu pun satu mslh, diorg sendiri yg rendahkan mutu jenama kereta yg diorg sendiri menumpang cari makan..

      Reply
    3. Mohd Izham on 24/12/2017 12:59

      Saya setuju dgn pendapat sdr Ryan. Terus terang saya berpuas hati dgn servis LHM One Stop Nilai ni. Banyak pusat servis Proton saya dah pergi, sekali dah ke pusat servis Nilai, saya dah tak beralih ke pusat servis Proton yg lain.

      Reply
    4. miakaren on 24/12/2017 13:48

      Saya hantar Proton Persona accident sendiri baru-baru ini dan baiki kerosakan2 yang lain ke Proton Service. Saya minta kereta pinjam Proton Servis sbb tak ada kenderaan ke tempat kerja iaitu sejauh 35 km sehala. Pegi blik 70 km. Klu ikut highway lg jauh. Saya dapat je kereta pinjam. Yg lambatnya nk tunggu duit insurans masuk utk bayar baiki kerosakan accident dan lain2 kerosakan.

      Reply
      • ABG GYL on 25/12/2017 22:09

        mungkin pihak cik boleh cuba untuk pushkan pihak insurans untuk mempercepatkan proses.

        Reply
    5. zed on 10/12/2018 12:16

      Kereta inspira saya juga sedang dibaiki di LHM one stop Nilai kerana kemalangan. Tapi malang bagi saya kerana di sini tidak disediakan kereta pinjam. Saya hantar kereta tersebut pada 27 November 2018 dan kini sedang menunggu kereta siap dibaiki. harap2 inya cepat siap kerana saya tidak tahan berjalan kaki ke tempat kerja. Tempat kerja saya lebih kurang 2 kilometer sahaja

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.