Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jeep Wrangler High Tide (2023), Wrangler Beach Edisi Khas Lancar, Harga Mula RM228k!
Auto Terkini

Jeep Wrangler High Tide (2023), Wrangler Beach Edisi Khas Lancar, Harga Mula RM228k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JEEP mengeluarkan dua model Wrangler edisi khas, Wrangler High Tide (2023) dan Wrangler Beach (2023) yang dihadkan pengeluaran 500 unit sahaja.

Jeep Wrangler High Tide (foto bawah) dibina berasaskan varianWrangler Sport S dengan enjin 3,600cc Pentastar, dan transmisi automatik 8-kelajuan.

Bezanya, ada pakej Xtreme Recon disertakan untuk High Tide seperti tayar BF Goodrich 35 inci dan rim 17 inci dengan kunci manik (beadlock). Kadar nisbah gandar belakang 4.56 dan menggunakan kit suspensi 1.5 inci ditinggikan bersama beberapa talaan khas.

Perubahan lain ialah bumbung keras dengan warna badan sama. Ada juga rak pelindung batu dan karpet khas dipasang dalam kabin selain pelekat High Tide atas bonet.

Jeep Wrangle Jeep Beach (foto atas) pula menggunakan varian High Tide sebagai asas binaan dengan beberapa sentuhan khas seperti dekal atas bonet, kerusi kulit dan sulaman Jeep Beach. Tambahan lain ialah fender warna badan.

Juga ada plak khas sempena ulang tahun ke-20 Jeep Beach dan plat Jeep Beach yang disertakan dalam setiap pembelian. Bagaimanapun, pengeluaran dihadkan 500 unit sahaja.

Harga Jeep Wrangler High Tide cuma AS$51,540 (RM228,190), manakala Jeep Beach berharga AS$54,040 (RM239,260). Ada enam pilihan warna disediakan, iaitu Hydro Blue, High Velocity, Black, Bright White, Punk’n dan Sting Gray.

Model itu diperkenalkan sebagai model sambutan ulang tahun ke-20 Festival Jeep Beach di Amerika Syarikat. Acara Jeep Beach diadakan di Pantai Daytona, Florida dengan mempelawa peminat Jeep serata dunia. Tahun ini menyaksikan kehadiran 200,000 peminat Jeep dan 20,000 unit Jeep.

BACA >>> Jeep Mahu Guna Gorilla Glass untuk Cermin Depan, Macam Skrin Telefon Pintar
BACA >>> “Jeep Mini’ Buatan India – Mahindra Roxor Masuk Pasaran Amerika Syarikat

Auto Terkini Festival Jeep Beach JEEP Jeep JEEP akan mengeluarkan Wrangler edisi khas pada 2023. Ada dua model yang dipanggil Wrangler High Tide dan Wrangler Jeep Beach Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pentastar Roda4 SUV Wrangler Jeep Beach Xtreme Recon
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.