• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 'Jeep Mini' Buatan India - Mahindra Roxor Masuk Pasaran Amerika Syarikat

'Jeep Mini' Buatan India - Mahindra Roxor Masuk Pasaran Amerika Syarikat

March 3, 2018 By Azhan O Leave a Comment

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automotif India, Mahindra semalam mendedahkan kenderaan off-road untuk pasaran Amerika Syarikat (AS), dipanggil Roxor yang tampil berbeza dengan pesaing lain.

Walaupun diletakkan sebagai model aras mula dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) off-road, Roxor sebenarnya tidak sama dengan model lawan lain. SUV ini dibangunkan berasaskan frem keluli kotak-penuh, enjin turbodiesel dan transmisi manual 5-kelajuan (bukan CVT) dengan pedal klac sebenar.

BACA >>> Jeep Wrangler 'Stormtrooper' Dijual di eBay - AS$59,900 (Tidak Termasuk Cukai)

Enjin 2.5L turbodiesel mampu menjana kuasa 62hp pada 3,200rpm dan tork 195Nm (1,400rpm) dengan kelajuan maksimum mencapai 72kmj. Kuasa henti ditugaskan kepada brek cakera 9-inci di depan dan brek dram 11-inci (belakang). Berat badan ditampung set rim 16-inci yang dibalut tayar 235/70R.

JEEP MINI

Mahindra-Roxor-6
Mahindra-Roxor-1
Mahindra-Roxor-2

Kualiti pengendalian Roxor dijaga set suspensi spring leaf di depan dan belakang dengan absorber khas off-road. Saiz keseluruhan Roxor ialah 3759mm panjang, 1574mm lebar dan 1905mm tinggi. Jarak lega tanah ialah 228mm, manakala kapasiti tunda ialah 1,583kg dan berat kerb 1,376kg.

Roxor didatangkan dalam dua varian: standard dan pakej naik taraf, LE. Trenkuasa masih sama, cuma LE menawarkan beberapa ciri unik seperti bumbung fabrik Bestop Bikini Soft Top, win WARN 3,628kg, bar lampu KC HiLites, tayar BFGoodrich K02, stereo AM/GM dengan Bluetooth, cermin pandang belakang dan hendal genggam.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Fender Jeep Wrangler (2018) Ada Liang Udara

Ada mendakwa rupa Roxor seakan Jeep dan kenyataan itu tidaklah menghairankan kerana Mahindra memang pernah menghasilkan Willys Jeep di bawah lesen sejak 1947. Roxor boleh dianggap sebagai versi moden jenama off-road British itu.

Roxor dihasilkan di kilang Mahindra di Auburn Hills dalam Michigan, AS. Harga masih belum didedahkan.

Mahindra-Roxor-3
Mahindra-Roxor-4
Mahindra-Roxor-7
Mahindra-Roxor-5

Artikel Berkaitan

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: JEEP, kenderaan off-road, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mahindra, Mahindra Roxor, off-road, Roda4, SUV, SUV off-road, Willys Jeep

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi untuk Sistem Bayaran Tol Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi untuk Sistem Bayaran Tol Terbuka

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my