Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Italjet Dragster Mulakan Pengeluaran di Itali Mei Nanti
Auto Terkini

Italjet Dragster Mulakan Pengeluaran di Itali Mei Nanti

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHABAR kemunculan semula Dragster sudah kedengaran sejak Oktober tahun lalu dan pernah ditayangkan di Pameran Motor Milan (EICMA) 2019. Ini berita terbaharu, Italjet Dragster (2020) disahkan akan memasuki barisan pengeluaran, Mei depan di Itali.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Italjet, Massimo Tartarini, kehadiran Dragster semenangnya dinantikan peminat motosikal dunia yang mana 499 unit Edisi Pertama sudah habis ditempah.

“Tempahan diterima lebih 20 negara dan mereka hanya perlu menunggu pengeluaran model itu pada Mei nanti,” katanya.

BACA >>> #EICMA2018: Italjet Dragster (2019) – Skuter Frem Trellis dengan Gaya Ilham Sportbike

Dragster menampilkan rekabentuk moden dan agresif dalam dua pilihan enjin silinder tunggal, 125cc (14.9hp, 12.5Nm) dan 200cc (19.8hp, 17Nm) jenis DOHC penyejukan cecair dan dipadankan transmisi CVT dan klac basah multiplat sentrifugal automatik, manakala kelajuan maksimum 125kmj.

Frem trellis yang ringan membuatkan Dragster mudah dikendalikan. Beberapa versi model ini mampu bersaing dalam perlumbaan skuter. Ada banyak ciri lain selain enjin yang membuatkan skuter ini diminati lama dulu, iaitu penampilan frem trellis, hab-stereng, swingarm sebelah, dan radiator di depan.

Italjet mendakwa 90 peratus pengeluaran Dragsters untuk pasaran eksport, yang mana Britain dan Jerman menjadi antara pasaran pembeli terbesar di Eropah.

BACA >>> Italjet Buccaneer 250i – Enjin V-Twin 250cc, Harga RM15,500 Sahaja!

GALERI

SUMBER: MCN

Italjet Italjet Dragster Italjet Dragster (2020) Italjet Dragster 200 Massimo Tartarini roda2 skuter skuter sport
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.