Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu Malaysia Lancar Generasi Ketiga D-Max, Ada 7 Varian, Harga Mula RM88k!
Auto Terkini

Isuzu Malaysia Lancar Generasi Ketiga D-Max, Ada 7 Varian, Harga Mula RM88k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ISUZU Malaysia memperbaharui saingan segmen trak pikap di Malaysia dengan melancarkan generasi ketiga D-Max (2021) ke pasaran tempatan pada harga serendah RM88,599.20.

Ada empat kategori D-Max (2021) diperkenalkan dalam tujuh varian baharu dengan tawaran dua trenkuasa dan transmis pada harga seperti berikut:

  • Single Cab
    • 4×4 MT 1.9L – RM88,599.20
    • 4×4 MT 3.0L – RM95,538.40
  • Standard
    • Double Cab 4×4 MT 1.9L – RM99,599.20
    • Double Cab 4×4 AT 1.9L – RM106,999.20
  • Premium
    • Double Cab 4×4 AT 1.9L – RM121,549.20
    • Double Cab 4×4 AT 3.0L – RM128,038.40
  • X-Terrain
    • Double Cab 4×4 AT 3.0L – RM141,938.40

* Mengikut harga syor atas jalan, tanpa insurans dan untuk pemilikan persendirian.

TRENKUASA

  • Ditawarkan dalam opsyen dua trenkuasa diesel:
    • 1.9L Blue Power – 4-silinder sebaris 16-injap VGS Turbo Intercooler 1,898cc DOHC berkuasa 148hp @ 3,600rpm dan tork 350Nm @ 1,800-2,600rpm. 
    • 3.0L Blue Power – 4-silinder sebaris 16-injap VGS Turbo Intercooler 2,999cc DOHC berkuasa 188hp @ 3,600rpm dan tork 450Nm @ 1,600-2,600rpm. 
  • Ada opsyen transmisi, iaitu manual dan automatik 6-kelajuan.
  • Tiada lagi opsyen enjin 2.4L kerana digantikan 1.9L. Isuzu mengekalkan trenkuasa 3.L kerana masih menerima sambutan ramai pembeli.

REKABENTUK 

  • Model generasi ketiga hadir dengan imej lebih gagah dan sporty, tetapi pada masa sama cuba merapatkan jurang antara elemen gaya hidup dan kenderaan utiliti.
  • Gril radiator hitam besar dipasangkan pada bahagian depan D-Max untuk meningkatkan gaya maskulin. Begitu juga garis badan sisi.
  • Bampar depan bukan hanya menyerikan imej depan tetapi direka untuk membantu aliran udara dan mengurangkan kesan seretan angin.
  • Lampu utama jenis projektor Bi-LED untuk varian Premium dan Standard AT. Varian tertinggi X-Terrain menerima lampu sama dengan tambahan fungsi automatik.
  • Varian asas Single Cab dan Standard MT cuma menerima lampu multi-reflektor jenis halogen.
  • Semua varian transmisi automatik D-Max dilengkapi lampu siang (DRL) LED, manakala varian dengan kotak gear manual masih ada lampu DRL tetapi jenis mentol.
  • Warna gril berbeza mengikut varian iaitu hitam untuk Single Cab, krom (Premium) dan kelabu gelap (X-Terrain).

CASIS DAN DIMENSI

  • D-Max (2021) baharu dibina berasaskan platform baharu Isuzu Dynamic Drive Platform yang memberikan sosok badan lebih besar, tinggi, dan lebar selain meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan.
  • Menggunakan keluli tahan karat kekuatan tinggi secara ekstensif dalam pembuatan casis.
  • Hasilnya ialah casis yang lebih ringan, kuat, ketahanan tinggi dan memiliki tahao keselamatan tinggi daripada impak pelanggaran, termasuk perlindungan kepada pejalan kaki.
  • Frem baharu ini juga dibina untuk membantu mengurangkan bunyi bising dan getaran ketika memandu.
  • Trak pikap ini sudah dipandu lebih 4 juta kilometer dalam ujian ketahanan dilakukan pasukan jurutera Isuzu sebelum memasuki pasaran.
  • Pengarah dan Ketua Jurutera Pusat Teknikal Isuzu Asia, Chifumi Saito mengesahkan D-Max generasi baharu ini 100 peratus buatan Isuzu dan tiada lagi ada kaitan dengan kerjasama Mazda.
  • Tinggi bonet dinaikkan 15mm, manakala tinggi sil pintu ditambah 20mm. Garis bumbung direndahkan 10mm untuk mendapatkan profil lebih sporty.
  • Jarak roda ditambah 30mm untuk ruang kabin lebih luas. Malah sudut bukaan pintu bertambah 25mm.
  • Semua trak pikap generasi baharu Isuzu mampu meredah kawasan aliran air sedalam 800mm.

KABIN

  • Dimensi kabin ditambah baik supaya lebih selesa menerusi tambahan ruang lega bahu untuk penumpang belakang dengan memposisikan sudut kerusi kepada 24º.
  • Papan pemuka horizontal menggunakan material lembut dengan gabungan kulit dan efek sulaman untuk menampakkan ruang kabin yang lebih menawan dan seakan kabin kereta mewah.
  • Tombol gear transmisi automatik kini lebih rendah dan jarak anjakan gear turut dipendekkan. Konsol tengah pula lebih tinggi 80mm dan 30mm lebih lebar untuk membantu capaian tangan pemandu. Macam kereta sport.
  • Stereng pula lebih kecil dengan diameter 375mm yang boleh dilaraskan tinggi-rendah,  atau dekat-jauh mengikut keselesaan pemandu.
  • Kerusi direka untuk posisi pemanduan baharu dan banyak butang tekan ditambah pada setereng untuk memastikan pemandu dalam kawalan lebih baik tanpa hilang fokus pemanduan.
  • Varian Premium, Standard dan X-Terrain diberikan kluster instrumen TFT LCD 4.2 inci dengan paparan multi-info (MID) yang diapit spidometer dan takometer analog. Siri Single Cab tiada skrin warna, tetapi jenis LCD monokrom 3.5 inci.
  • X-Terrain dipasangkan unit infotainmen skrin sentuh 9 inci yang dilengka[kan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto Connectivity. Varian Premium pula menerima saiz skrin 7 inci.

KESELAMATAN

Single Cab
  • 2 beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Kawalan Mula Bukit (HSA)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Sistem Pintasan Brek (Brake Override System – BOS)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • High Mount Stop Lamp 
Standard
  • Dilengkapi ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HSA, HDC, BOS, ESS, Isofix, Kunci Keselamatan Perlindungan Kanak-kanak, dua beg udara dan sensor undur.
Premium
  • Mempunyai semua ciri seperti varian Standard tetapi ada tambahan sensor parkir depan dan belakang.
 X-Terrain
  • Ada semua ciri keselamatan standard seperti siri Premium dan tambahan keselamatan termaju (ADAS) merangkumi:
    • Lampu Tinggi Automatik (AHB)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Monitor Titik Buta (BSM)
    • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)
    • Multi-Brake Collision
D-Max Generasi Ketiga 2021 Enjin 1.9 liter D-Max baharu Isuzu D-Max (2021) Isuzu D-Max X-Terrain
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.