Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu Elf Sambut Aniversari ke-60 Tahun Peringkat Global
Auto Terkini

Isuzu Elf Sambut Aniversari ke-60 Tahun Peringkat Global

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TANGGAL 26 Ogos 2019 adalah ulang tahun ke-60 untuk trak Isuzu paling laris, Elf yang kini menjadi antara model pilihan utama dalam segmen trak tugasan ringan peringkat antarabangsa sejak diperkenalkan.

Elf diperkenalkan Isuzu Motors Japan pada Ogos 1959, dan terkenal sebagai trak yang kuat, berinovasi dan berkualiti tinggi. Sepanjang kitaran evolusi, model trak itu sudah melalui pelbagai peringkat pembaharuan, termasuk meraih beberapa kejayaan penting.

BACA >>> Isuzu Perluas Barisan Trak Komersial 2019 untuk Penuhi Pelbagai Keperluan Pengguna 

Berikut apa yang dicapai Elf sepanjang hayat model tersebut:

  • 1959: Berevolusi bermula trak dua tan dengan rekaan cab over dan enjin petrol 1.5L.
  • 1960: Enjin diesel 2.0L diperkenalkan.
  • 1967: Trak digantikan dengan ‘Isuzu Light ELF’ generasi kedua.
  • 1975: Elf generasi ke-3 diperkenalkan dengan pelbagai pembaharuan menarik.
  • 1978: Isuzu catat sejarah dengan jualan 1 juta unit trak Elf.
  • 1980: Elf generasi ke-3 melalui beberapa penambahbaikan, termasuk mematuhi standard emisi 1979 di Jepun. Tampil dengan rekabentuk luaran baharu dan dilengkapkan badan cab boleh condong.
  • 1984: Elf generasi ke-4 mula dieksport dan dikilangkan di beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat (AS), Australia dan China. Selain pembaharuan luaran, generasi baharu ini juga menawarkan inovasi teknologi dari enjin diesel suntikan terus (DDi) ke enjin diesel turbo. Selain itu, Elf 250 versi pacuan empat roda (4×4) mula diperkenalkan.
  • 1993: Elf generasi ke-5 diperkenalkan dengan pelbagai pembaharuan seperti enjin diesel lebih bersih dan gaya luar besar.

PELBAGAI PENAMBAHBAIKAN DILAKUKAN

Sepanjang 60 tahun, Elf melalui banyak penambahbaikan dan inovasi teknologi termaju hingga generasi ke-6 yang tampil dengan gaya tersendiri bersama padanan kabin kukuh dan ringan, transmisi lebih lancar dan enjin diesel turbo
bersih berkuasa tinggi.

Di Malaysia, Elf dibawa masuk pada 1979 dan sejak itu siri model itu terus menguasai segmen trak tugasan ringan negara ini. Ia dipasangkan di kilang Isuzu Hicom di Pekan, Pahang, dan terkenal kerana kualiti dan reliabiliti serta penjimatan minyak.

Elf juga banyak menyumbang kepada jumlah jualan Isuzu di Malaysia yang membolehkan jenama ini mengekalkan status sebagai ‘Kenderaan Komersial Paling Laris Keseluruhan’ di negara ini selama lima tahun berturut-turut. Ini termasuk mengekalkan Elf sebagai ‘Trak Paling Laris dalam Segmen Tugasan Ringan’ selama 9 tahun berturut-turut!

Di Malaysia, Isuzu menawarkan pelbagai pilihan untuk Elf dalam 19 varian berbeza, seperti 4-wheeler, 6-wheeler, 4×4 dan Crew-Cab.

BACA >>> Isuzu N-Series Terima Anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik 2014
BACA >>> Isuzu D-Max Tamatkan Dura-Miles Challenge 2017 Jelajah Miri Sejauh 280km

4x4 Auto Terkini Isuzu Isuzu ELF Isuzu ELF Edisi Khas Isuzu Motors Japan Roda4 Trak Trak RIngan Isuzu Trak Tugasan Ringan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.