• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Isuzu N-Series Terima Anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik

BERITA AUTO: Isuzu N-Series Terima Anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik

October 10, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

TOTY AwardTRAK tugas ringan kegemaran rakyat Malaysia, Isuzu N-Series menerima anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik (Light Duty Vehicle of the Year) dalam Anugerah Trak Tahunan Terbaik anjuran Cars, Bikes and Trucks 2014, New Straits Times. Isuzu N-Series menerima anugerah bagi kategori trak dengan berat kenderaan kasar (GVW) sehingga lapan tan dalam satu majlis yang berlangsung di Subang, Selangor. Anugerah diterima oleh Pengurus Besar Divisyen Pemasaran & Jualan Kenderaan Komersial Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui.

Menurut Tsukui, pengiktirafan ini jelas menunjukkan usaha Isuzu menawarkan para pelanggan dengan produk-produk yang boleh dipercayai dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

“ Isuzu Malaysia bukan saja menawarkan produk yang mampu memenuhi keperluan setiap pelanggan, malah sudah menjadi keutamaan kami untuk memastikan para pelanggan menerima perkhidmatan selepas jualan yang pantas dan efektif.

" Ia adalah antara aspek penting dalam memastikan trak tugas ringan kami menjadi kenderaan komersial kegemaran rakyat Malaysia,” katanya.

ISUZU N-SeriesTrak komersial tugas ringan Isuzu N-Series mengungguli carta jualan pada tahun 2013 dengan jualan 5,766 unit pada tahun ini. Sekali gus menjadi rangkaian trak terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut. Selain daripada prestasi jualan, kenderaan ini juga dinilai dari segi maklum balas pelanggan, boleh dipercayai dan bernilai untuk wang.

Lebih signifikan lagi, anugerah itu dilihat sebagai tepat pada masanya buat Isuzu N-Series kerana Isuzu Elf serba baharu generasi ketujuh yang menggantikan trak N-Series telah dilancarkan selepas tempoh kelayakan anugerah untuk tahun ini.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Isuzu Malaysia, Isuzu N-Series, Isuzu N-Series menerima anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik, Light Duty Vehicle of the Year

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my