ISUZU Malaysia secara rasmi melancarkan trak pikap Isuzu D-Max 2026 versi dipertingkat (facelift) yang menampilkan enjin diesel generasi baharu 2.2L turbocas yang digelar ‘Best Engine Ever’.
Model itu bukan sekadar naik taraf biasa, sebaliknya dibangunkan semula dengan kejuruteraan baharu untuk menawarkan prestasi lebih baik, penggunaan bahan api lebih cekap dan tahap kesenyapan (NVH) dipertingkat.
Enjin 2.2L Turbo Diesel Serba Baharu
Nadi utama Isuzu D-Max 2026 menggunakan enjin RZ4F-TC 2,164cc (2.2L):
- Output kuasa 163ps @ 3,600rpm, dan tork 400Nm @ 1,600 – 2,400rpm (tork 255Nm seawal 1,000rpm)
- Respon awal meningkat sehingga 56 peratus
- Penjimatan bahan api sekitar 5 peratus lebih baik
- Tahap bunyi dan getaran (NVH) lebih rendah
Semua komponen utama seperti aci engkol (crankshaft), piston dan rod sambung direka semula bagi meningkatkan kecekapan pembakaran serta ketahanan enjin.
Turbo VGS + Transmisi AT 8-Kelajuan
Isuzu D-Max 2026 turut menerima peningkatan penting pada sistem pacuan:
- Turbo baharu dengan Sistem Geometri Variabel (VGS) elektronik
- Respons terotel lebih cepat dan linear
- Transmisi automatik 8-kelajuan baharu
- Anjakan gear lebih lancar dan efisien
Paling menarik, varian Single Cabkini ditawarkan dalam pilihan transmisi automatik buat kali pertama di Malaysia
Patuh Euro5, Lebih Mesra Alam
Antara penambahbaikan emisi:
- Pengurangan NOx sehingga 21 peratus
- Pengurangan zarah terampai (particulate matter) sehingga 99 peratus
- Sistem DOC, DPD dan EGR
- Fungsi henti mula lahu Idle Stop Start (ISS)
Ini menjadikan Isuzu D-Max 2.2L antara trak pikap terawal patuh standard Euro5 di Malaysia.
Varian, Ciri Baharu
- Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L kekal sebagai varian perdana
- Enjin 2.2L ditawarkan dari varian Premium hingga Single Cab
- Mod Rough Terrain kini tersedia untuk Single Cab
- Ciri bantuan but Tailgate Assist diperluas pada lebih banyak varian
- Unit infotainmen baharu saiz 10 inci
- Rekabentuk luaran dan dalaman dikemas kini
Harga Rasmi (Semenanjung Malaysia)
Atas Jalan (OTR) Tanpa Insurans (Individu)
- 2.2L 4×4 MT Single Cab – RM103,121
- 2.2L 4×4 AT Single Cab – RM109,121 (baharu)
- 2.2L 4×4 MT Standard – RM114,271
- 2.2L 4×4 AT Standard – RM122,171
- 2.2L 4×2 Auto Plus – RM114,671
- 2.2L 4×4 AT Premium – RM141,821
Waranti, Servis
- Servis percuma dua [2] tahun atau 20,000km
- Waranti lima [5] tahun atau 150,000km
- Waranti tujuh [7] tahun tanpa had perbatuan (X-Terrain)
Bukan Facelift Biasa!
Isuzu D-Max 2026 bukan sekadar facelift biasa, tetapi lonjakan besar dari segi kejuruteraan. Enjin baharu 2.2L menawarkan keseimbangan prestasi, kecekapan dan keselesaan lebih baik.
Ditambah transmisi 8-kelajuan dan pengenalan varian Single Cab automatik pertama di Malaysia, Isuzu D-Max 2026 jelas direka untuk kekal kompetitif sebagai antara trak pikap paling versatil dalam pasaran tempatan.








































































































