Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isu Penapis Minyak Bocor Banyak Kali, Pemilik Kongsi Video Mohon Perhatian Perodua
Auto Terkini

Isu Penapis Minyak Bocor Banyak Kali, Pemilik Kongsi Video Mohon Perhatian Perodua

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG pemilik Perodua Aruz berkongsi satu klip video mendakwa penapis minyak dibekalkan vendor Perodua sebagai bermasalah.

Pemilik akaun TikTok, ijataruz berkata, perkongsian beliau bukan mahu menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi berharap rakaman video itu mendapat perhatian pihak pengurusan atasan Perodua.

@ijataruz Mohon Pihak HQ Perodua Tlg Ambil Tindakan… Harap Korg Semua Boleh Share Bende ni… Terima Kasihโ˜บ๏ธ #hqperodua #peroduamyvi #peroduaaruz #peroduabezza #peroduahq โ™ฌ original sound – ๐Ÿ‘น๐Ÿ‘ป ๐“˜๏ฝŠ๏ผกลค ๅ‚๐“‡๐ฎ๐”ท๐“ ๐Ÿ˜บ๐Ÿ˜‚

Berikut luahannya;

Benda ini bukan sekali je terjadi tapi banyak kali dah. Tapi kat kereta aku ni first time la aku kena. Cuma aku ni jadi perantara untuk sahabat-sahabat aku yang dah pernah kena.

“Bukan cerita satu kes, dua kes, tiga kes. Ini berlambak punya kes. Bila aku tanya kat budak Perodua tu kenapa banyak kes oil filter leaking (penapis minyak bocor) banyak berlaku ni?

“Jawapan dia, kes ini dah hampir daripada tahun lepas lagi… daripada bulan 6. Dan aduan sudah disampaikan kepada pihak atas tapi takde tindakan. Apa cerita?

“Bila aku tanya balik kenapa korang ambil dengan vendor ini sedangkan ko tau vendor ini ada masalah. Jawapan dia korang nak tau apa?

“Kami tak boleh nak stop kan dengan vendor ni. Sebab vendor dah sediakan lebih daripada 100,000 (unit) oil filter untuk kereta Perodua. Dan kami terikat dengan perjanjian kontrak.

“Ha orang atas.. takkan senyap je. Bila aku tanya lagi, takkan setiap kali oil filter leaking aku nak kena datang? Dia jawab.. terpaksa encik, kami tak leh nak buat apa. Sebab ini semua arahan daripada HQ. Katanya pihak center dah buat aduan kepada pihak HQ, tetapi HQ tak ada tindakan.

“Masa mula-mula berlaku kes ini, mungkin HQ ambil tindakan tapi bila dah terlampau banyak kes macam ni, HQ buat endah tak endah. Apa cerita?

“Bila tanya, boleh tak kami bawak oil filter lain.. mintak tolong Perodua pasangkan. Dia kata boleh takde masalah tapi waranti atau berlaku apa-apa pada kereta, pihak service center tidak akan bertanggungjawab.

“Korang rasa benda ni nampak macam kecik je kan? Takkan masa kami nak habis dekat service center. Duk ulang-alik duk ulang-alik tukar oil filter. Kami pun ada tanggungjawab, kami ada komitmen.

“Pihak HQ patut ambil tindakan pada vendor. Bukan senyap je dan supply kepada semua service center oil filter yang sama.

“Ini baru pasal oil filter. Belum lagi minyak gearbox bercampur dengan air radiator. Macam-macam lagilah!”

Rata-rata netizen yang menonton video itu turut mendakwa kenderaan mereka turut terkena. Ini termasuk pengguna Perodua Bezza, Axia dan Myvi.

Bagaimanapun, ada juga beberapa netizen mengatakan kenderaan mereka tidak mengalami masalah penapis minyak. Apa pun, kami berharap kes ini dapat diselesaikan segera.

BACA >>>ย #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?
BACA >>>ย Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!

Auto Terkini isu penapis minyak perodua Perodua perodua aruz Vendor Perodua Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.