Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Interviu Khas: Michiel Huisman – Aktor Siri Mini Discovery, ‘Harley and The Davidsons’
Autotainment

Interviu Khas: Michiel Huisman – Aktor Siri Mini Discovery, ‘Harley and The Davidsons’

Han OthmanBy Han Othman27/09/20163 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

harley-and-the-davidsons-bg
SALURAN Discovery bakal menayangkan siri mini Harley and The Davidsons dalam tiga episod pada Oktober ini. Lebih penting, jangan pula tidak tahu PanduLaju adalah satu-satunya wakil Malaysia yang diberi peluang menemubual aktor utama siri itu, Michiel Huisman (Game of Thrones) dalam sidang telefon khas bersama wartawan lain seluruh dunia pada 26 Ogos lalu.

Ringkasnya, siri Harley and The Davidsons dibikin berdasarkan kisah benar tentang bagaimana motosikal ikonik itu diasaskan. Sudah tentu naratif cerita banyak berlingkar seputar tiga lelaki hebat, Walter dan Arthur Davidson serta William S Harley yang sanggup mempertaruhkan segala kemewahan dan mata pencarian utama mereka hanya untuk mengejar cita-cita menubuhkan sebuah syarikat pembuatan motosikal sendiri.

Anda akan berpeluang menyaksikan cerita suka duka, persaudaraan dan semangat juang yang tidak pernah menyerah, di mana masing-masing perlu berdepan pelbagai cabaran berbeza. Namun, motosikal yang menyatukan segala impian mereka bertiga.

PERTARUH NASIB

Bagi Walter Davidson, mempertaruhkan nasib ialah peluang untuk keluar daripada belenggu masyarakat dengan membikin sebuah motosikal yang dapat pergi ke mana jua dan ditunggang lasak tanpa mempedulikan peraturan. Adiknya, Arthur pula berpendapat tindakan nekadnya itu ialah peluang mengharumkan nama, manakala Harley menganggap motosikal memberikannya harapan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa, sekali gus memberikan ruang untuk dia mengasah bakat sebagai jurutera.

JEMPUTAN INTERVIU KHAS

Selain Huisman, siri tiga episod Harley and The Davidsons turut dibintangi bintang Hollywood hebat lain seperti Robert Aramayo (Game of Thrones) sebagai Harley, dan Bug Hall (The Little Rascals), sebagai Arthur. Sesi temubual antara Huisman dan pihak media cuma berlangsung sekitar 40 minit. Setiap media cuma berkesempatan bertanya dua soalan saja.

Transkripsi perbualan terlalu panjang untuk dituliskan kesemuanya dalam artikel ini. Jadi, kami cuma memetik beberapa soalan dan jawapan menarik saja untuk dikongsi dengan pembaca semua, dan sudah tentu tidak dilupakan dua soalan kami kepada Huisman yang dijawab beliau dengan panjang lebar. 🙂

Maria Wielechowska (Poland): Anda sendiri seorang peminat motosikal?
Michiel Huisman: Ya. Cukup minat. Saya tunggang motosikal sepanjang usia 20-an, dan saya pernah terfikir bahawa saya tidak serasi dengan kereta. Apabila sudah beristeri dan anak, saya tiba-tiba rasa lebih baik ada kereta. Tapi, saya sangat gembira dengan projek ini kerana menyalakan semula minat saya pada motosikal.

Angelina Yunkman (Kazakhstan): Anda ada atau pernah mempunyai tipikal hobi lelaki? Atau sesuatu yang lain seperti mengumpul rama-rama aneh, atau cendawan?
Michiel Huisman: Ya, ada. Salah satu yang jarang orang tahu tentang saya ialah saya seorang peminat ping-pong. Saya sangat sukakan ping-pong. Bila saya ada masa, saya akan cuba cabar rakan saya.

Thembi Mtiya (Afrika Selatan): Perkara menarik yang anda dapat apabila melakonkan watak Walter? Apakah fakta menarik tentang karakter itu?
Michiel Huisman: Kejutan terbesar, dia (Walter) ialah presiden pertama Harley-Davidson yang juga pelumba motosikal. Itu fakta cool. Apabila difikirkan sekarang, sukar digambarkan betapa seorang presiden Harley-Davidson ialah lelaki yang berlumba dengan motosikalnya. Saya amat berbesar hati apabila tahu fakta tersebut.

Serena Karamizrak (Turki): Apakah anda peminat motosikal sebelum terbabit projek ini? Apa yang buat anda berkata ya?
Michiel Huisman: Pertama sekali, cerita tentang bagaimana Harley-Davidson diasaskan ialah cerita yang cool. Saya tidak percaya ia tidak pernah diceritakan sebelum ini. Sebabnya, ia sebuah kisah klasik tentang keghairahan dan persahabatan, serta mungkin cubaan mengejar impian sendiri atau Impian Amerika.

Karakter saya sebagai Walter sangat seronok dilakonkan kerana dalam diri beliau sendiri sudah siap ada semangat jenama itu (Harley-Davidson), Walter sedikit memberontak dan anti-golongan berkuasa (anti-establishment). Beliau ialah seorang lelaki yang lelaki. Beliau juga tidak takut berjuang atas apa yang dipercayainya. Jadi, ada banyak sebab untuk saya sertai projek ini, termasuk mahu menunggang Harley-Davidson lama.

PanduLaju (Malaysia): Sepanjang penggambaran Harley and The Davidsons, apakah yang istimewa dan unik tentang Harley-Davidson berbanding jenama lain?
Michiel Huisman: Harley-Davidson sudah jadi ikonik dan antara sebab utamanya ialah mereka hidup (survived). Mereka adalah satu-satunya pengeluar motosikal di Amerika Syarikat (AS) yang survive sepanjang tahun. Mereka bukan pengeluar motosikal pertama, tetapi anda boleh saksikan dalam siri itu mereka satu-satunya pengeluar (motosikal) yang survive!

Ini kerana mereka cuba berpegang atas apa yang mereka percaya atau bagaimana sepatutnya sesebuah motosikal itu berikan. Mungkin itulah sebab kenapa mereka berbeza. Kami sangat seronok berlakon dan bercerita tentang hari-hari awal penubuhan syarikat itu, sehingga apabila seseorang itu terfikirkan Harley-Davidson, mereka terus saja terfikirkan motosikal seperti mana rupanya sekarang.

Inilah apa yang diasaskan syarikat itu daripada tiga individu tersebut ketika membikin motosikal dengan tangan sendiri. Ini bukan trik pemasaran atau sesuatu. Mereka memang lakukan dan mampu buat sendiri, daripada jadi sebuah syarikat penuh dan kemudian berubah jadi satu budaya. Cerita ini adalah tentang tahun-tahun awal sebelum Harley-Davidson benar-benar jadi satu budaya.

PanduLaju (Malaysia): Pendapat anda tentang hubungan antara lelaki dan mesin?
Michiel Huisman: Minggu lalu, saya hadiri pelbagai sidang media mengenai projek ini di Los Angeles. Banyak benda saya buat dan saya sangat sibuk.

Saya juga sertai tunggangan motosikal untuk acara amal, di mana kami menunggang ke Connecticut menghala ke Pulau Rhode. Saya tersedar betapa setiap kali anda memakai helmet, dan menghidupkan enjin, tiada banyak benda yang anda boleh lakukan. Cuma anda dengan motosikal dan bunyi bising, angin dan kelajuan. Inilah sekurang-kurangnya apa yang saya sangat nikmati dan rasa begitu bebas.

Saya sebenarnya cuba ambil masa dengan motosikal semampu mungkin kerana menunggang motosikal buatkan isteri saya gembira. Saya kini mula fikirkan perkara itu (menunggang motosikal) lebih kerap. Saya sepatutnya lakukan, hanya untuk lapangkan kepala!

GALERI

autotainment Discovery Channel Harley and The Davidsons Harley-Davidsons Michiel Huisman roda2 siri mini Discovery
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
Roda2

Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

07/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

04/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

03/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Auto Terkini

Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

By Shazwan Hisam07/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.