Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Insentif Pengecualian Cukai Kenderaan Bantu Selamatkan Industri Automotif?
Auto Terkini

Insentif Pengecualian Cukai Kenderaan Bantu Selamatkan Industri Automotif?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEPUTUSAN Kerajaan untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan untuk pembelian baharu bukan hanya  membantu orang ramai beli kenderaan baharu tetapi juga pihak pengeluar automotif.

Perkara itu diceritakan Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Michael Jopp semasa satu sesi perbincangan maya bersama media.

Beliau mengakui impak paling besar insentif pengecualian cukai itu dapat disaksikan pada tahun lalu iaitu semasa ia mula-mula diperkenalkan.

Secara ringkas, insentif itu memberi pengecualian cukai sebanyak 100 peratus untuk semua model kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk kenderaan import (CBU) selama enam bulan.

Insentif itu tidak ditamatkan pada akhir tahun 2020 (seperti dalam rancangan asal) tetapi ada siri sambungan sehingga 31 Disember 2021.

“Pengecualian cukai juga satu faktor yang membolehkan syarikat automotif kekal bertahan sehingga hari ini. Impaknya amat positif,” katanya.

Beliau juga menyatakan insentif itu adalah salah satu faktor yang benar-benar membantu syarikat automotif pulih pada kadar lebih pantas pada tahun lalu (semasa pandemik Covid-19 dan perintah berkurung).

Jelasnya, lanjutan tempoh pengecualian cukai ada dua senario iaitu ada pembeli memilih untuk mendapatkan kenderaan baharu lebih awal dan ada pula pengguna yang melambatkannya.

Industri Mula Dibuka

  • Jopp menyatakan keputusan itu memberi kelegaan kepada pemain industri namun masih ada kesan daripada perintah berkurung.
  • Pengedar yang mempunyai senarai tempahan kenderaan termasuk model sudah memulakan proses penghantaran. Setiap langkah kerja dikawal ketat syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.
  • Ada beberapa pengedar berdepan masalah berhubung proses pendaftaran kenderaan dengan agensi berkaitan.
  • MBM berdepan rantaian pembekalan yang sudah terjejas disebabkan perintah berkurung. Dilihat sebagai satu potensi kebimbangan pada hari-hari akan datang.

Status Program CKD dan Eksport

  • MBM ada menjalankan aktiviti pemasangan tempatan seperti E-Class di Pahang dan turut mengeksport model C-Class ke Filipina.
  • Kilang masih beroperasi dalam kapasiti terhad. Ada kes-kes tertentu kilang di Pahang boleh beroperasi tetapi pembekal komponen di Lembah Klang masih dilarang beroperasi. Ada gangguan rantaian pembekalan komponen.
  • Kemasukan khidmat tenaga mahir termasuk jurutera turut terkesan disebabkan sekatan perjalanan dan regulasi kuarantin.

Sedan atau SUV

  • Ada portfolio kukuh untuk sedan dan SUV dan MBM akui mampu memenuhi kedua-dua permintaan.
  • Buat masa ini, permintaan sedan sebenarnya lebih tinggi di Malaysia (senario jangka pendek). Tiada kepastian mengenai perspektif jangka panjang.
  • Soal pengenalan model plug-in hybrid dan elektrifikasi untuk pasaran tempatan perlu dilihat terhadap pakej secara menyeluruh termasuk soal insentif.

BACA >>> Pengecualian 100 Peratus Cukai Jualan Kenderaan CKD Lanjut Hingga 31 Disember 2021
BACA >>> Kerajaan Sambung 6 Bulan Lagi Pengecualian 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD
BACA >>> MBM Lancar E 300 AMG Line Coupe (2021), Bayaran Bulanan Serendah RM4,288
BACA >>> Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line (2021) CKD Kini di Malaysia, Harga RM475k!
BACA >>> MAA: Kalau Lanjut Lagi Sebulan, Lebih Banyak Pengedar Automotif Gulung Tikar?
BACA >>> MAA Mohon Kerajaan Lanjut Tempoh Pengecualian SST untuk 6 Bulan Lagi
BACA >>> Jualan Honda Malaysia Jatuh Teruk, Petanda Buruk Industri Automotif Negara?

MBM Mercedes-Benz Malaysia Michael Jopp Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

    01/07/2026
    Lesen memandu vokasional GDL, PSV
    Auto Terkini

    Selamatkan Nyawa Di Jalan Raya, ‘Pilot Darat’ Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

    01/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.