• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Honda Malaysia Jatuh Teruk, Petanda Buruk Industri Automotif Negara?

Jualan Honda Malaysia Jatuh Teruk, Petanda Buruk Industri Automotif Negara?

August 5, 2021 By Shawkath Leave a Comment

7.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengumumkan cuma menjual 5,700 unit kenderaan sepanjang Mei hingga Jun tahun ini, merosot 52 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (hampir 12,000 unit).

Angka jualan itu disebabkan penutupan semua bilik pameran dan fasiliti pengeluaran di Pegoh, Melaka yang dihentikan sementara. Hanya pusat servis tertentu beroperasi sepanjang tempoh sama.

Difahamkan, situasi dialami Honda Malaysia itu adalah kesan langsung daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan perintah berkurung sepenuhnya Kerajaan bagi mengawal pandemik Covid-19 yang hingga kini gagal menunjukkan tanda-tanda penurunan.

BACA >>> Servis Honda Malaysia Cuma Janji Temu, Tiada Walk-In Sepanjang Berkurung
BACA >>> Koleksi Barangan Eksklusif Honda Malaysia Boleh Beli di Shopee!

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata;

Penutupan bisnes secara berpanjangan memberi kesan ke atas aktiviti pengeluaran model baharu Honda Malaysia kerana tiada ujian dapat dijalankan di fasiliti pengeluaran.

“Malah, rantaian pembekalan dan pengeksportan syarikat turut terjejas. Industri automotif menyokong satu rangkaian luas pembekal alat ganti dan komponen tempatan.

“Pembekal seperti ini mungkin tidak mampu mengekalkan operasi masing-masing dan ini memberi kesan terhadap keseluruhan rantaian pembekalan.”

SENARIO SEMAKIN PARAH?

Berikut apa didedahkan Madoka:

  • Lanjutan perintah berkurung sedia ada dengan tiada gambaran jelas bilakah perniagaan dapat disambung semula memberi impak terhadap rancangan dan pelaburan menyeluruh pemain automotif.
  • Kesan domino itu memberi kesan ke atas 101 pusat pengedar rasmi Honda yang kini berdepan masalah kewangan dan masa depan tidak menentu.
  • Malah masa depan pekerjaan golongan jurujual, penasihat servis dan staf unit lain di premis pengedar juga berada diambang ‘ketidaktentuan’.

APA HARAPAN HONDA MALAYSIA?

  • Honda Malaysia berharap sektor automotif dibenarkan kembali beroperasi lebih awal dengan pematuhan ketat SOP dan garis panduan ditetapkan Kerajaan.
  • Lebih awal disambung semula, impak jangka panjang yang tidak diingini seperti pembuangan pekerja dapat dicegah dan membantu mengurangkan potensi bisnes ditutup dalam rantaian pembekalan.

APA SUMBANGAN HONDA MALAYSIA?

  • Honda Malaysia memahami kesusahan dialami pihak pengedar dan rakan sekutu syarikat dan cuba sedaya upaya membantu mereka.
  • Antaranya, mendaftar sekutu Honda di bawah program Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) bagi mempercepatkan kadar vaksinasi.
  • Honda Malaysia mahu mencapai sasaran 100 peratus pemvaksinan dos pertama untuk semua sekutunya menjelang pertengahan bulan ini (Ogos 2021).
  • Harapan syarikat ialah membantu program pemvaksinan dan menyediakan satu persekitaran lebih selamat untuk rakyat Malaysia.

BACA >>> Honda NSX Type-S Akan Jadi Edisi Akhir
BACA >>> Honda HR-V (2021) Lancar di UK, Cuma Varian Hibrid, Harga Bermula RM158k!

Artikel Berkaitan

7.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Malaysia, Industri Automotif Malaysia, Madoka Chujo, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), Sektor automotif Malaysia terjejas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Pekerja Bengkel Dipercayai Terlibat Kes Samun Bersenjata
    Polis Tahan Dua Pekerja Bengkel Dipercayai Terlibat Kes Samun Bersenjata
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my