Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah SUV Proton Versi Ajerul Antoine – Meleleh Beb !!!
Auto Terkini

Inilah SUV Proton Versi Ajerul Antoine – Meleleh Beb !!!

Abang GYLBy Abang GYL27/06/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUV ProtonPAKAR manipulasi foto, Ajerul Antoine kembali lagi. Kali ini, anak muda berasal dari Kelantan itu menampilkan foto model bakal SUV pertama Proton.

Jika diperhatikan secara teliti, ia tampak seakan sama seperti model yang dipertontonkan kepada Tun Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Tun Mahathir semalam dalam satu sidang media turut memuji SUV berkenaan. Menurutnya, SUV Proton itu bagus dan berkualiti tinggi serta sesuai untuk rakyat Malaysia.

Model yang dipandu uji Mahathir itu juga jelas daripada model sebenar SUV Proton kerana didatangkan dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD). Secara tidak langsung, ia menjadi Boyue pertama di dunia yang menampilkan versi RHD.

Begitu juga logo yang sudah ditukar kepada Proton. Lebih menarik, bakal SUV Proton itu diambil daripada model facelift 2018 yang lebih anggun dengan perubahan luaran.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

ENJIN 1.8L TURBO

Dari segi mekanikal, SUV itu akan menggunakan enjin 1.8L TGDi dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan berkuasa 181hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,500-4,000rpm. Malah, model SUV Proton itu juga dilengkapi fungsi mod ECO dan SPORT bagi pemanduan lebih menyeronokkan.

Bagaimanapun, kami menerima maklumat SUV Proton itu juga bakal akan menampilkan enjin 1.5L turbo pada tahun hadapan, bergantung kepada permintaan.

Aspek keselamatan, SUV Proton itu nanti didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Kawalan Suluh Tinggi Pintar (i-HBC)
  • Kamera 360º 3D
  • Penulen Udara Pintar (sama seperti Volvo)
  • Sambungan Internet 4G
  • Kawalan Jauh Telefon Pintar

Bagi anda yang ingin memilikinya, unit terawal SUV Proton berkenaan akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan diikuti dengan versi pemasangan tempatan (CKD), tahun depan.

Berapa harga? Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang info mengenai tanda harga akan ditetapkan bagi SUV Proton itu. Apa yang pasti, ia akan dijual pada harga mampu milik dan berbaloi dengan apa ditawarkan.

Persoalannya, cantik tak bakal SUV Proton ini?

BACA >>> The Mustard Saga Versi Ajerul Antoine Ini Memang Memberahikan

BACA>>> Teaser Proton Saga Baharu Dengan Bodykit R3 Oleh Ajerul Antoine

BACA>>> Rekaan Belakang Proton Saga Baharu Yang Memberahikan Oleh Ajerul Antoine

BACA>>> 3 Foto Proton Persona 2016 Menggiurkan Ini Akan Buat Anda Gigit Bibir

BACA>>> Foto Proton Saga 2016 Versi R3 Hasil Sentuhan Ajerul Antoine

BACA>>> Foto Manipulasi Proton Saga 2016 Awesome Oleh Ajerul Antoine

BACA >>> Proton Ertiga Premium Sentuhan Ajerul Antoine – Meleleh Beb!!!

Ajerul Antoine enjin suv proton harga suv proton pandu uji suv proton Proton Boyue proton suv SUV Proton suv proton test drive
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    DENZA Z9GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026

    2 Comments

    1. Ahmad on 27/06/2018 13:35

      Nanti ramai pembeli akan tukar logo proton kpd logo Geely. Sama seperti wira & inspira ditukar kpd logo mitsubishi dulu

      Reply
      • kzm on 28/06/2018 13:07

        lol.. tu keta brand jepun ni brand china

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.