Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Satu-Satunya Ferrari Enzo Rosso Dino dengan Kondisi ‘Serba Bergetah’, RM16 Juta Sahaja!
Auto Terkini

Inilah Satu-Satunya Ferrari Enzo Rosso Dino dengan Kondisi ‘Serba Bergetah’, RM16 Juta Sahaja!

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INILAH satu-satunya Ferrari Enzo yang dicatkan dalam warna oren unik dengan nama khas, Rosso Dino. Kini supercar itu baru saja dimasukkan dalam senarai jualan Ferrari of Newport Beach pada harga bukaan AS$3.7 juta (RM16.05 juta).

Ferrari Enzo yang mahu dijual tersebut ialah model 2003, manakala warna Rosso Dino itu pula warna asal yang diminta dicat oleh si tuan punya kereta. Faktanya, jenis warna itu – Rosso Dino – bukanlah baharu kerana memang sudah ada lama ada dalam katalog warna Ferrari. Apa yang membuatkan ia rare adalah itulah satu-satunya Enzo Rosso Dino!

SEPERTI BAHARU KELUAR KEDAI

Sepanjang 14 tahun lalu, supercar berkenaan sudah dipandu sejauh 5,811km dan hanya ada dipunyai seorang pemilik. Selain cat badan oren, supercar itu juga ada sedikit campuran merah. Pada pandangan kasar atau orang biasa, anda mungkin mungkin nampak sama saja. Sebaliknya, percikan merah itu datang daripada jenis warna yang sinonim dengan Ferrari, Rosso Corsa.

Menurut jurujual, kondisi Enzo berkenaan jelas menunjukkan kereta itu sangat dijaga rapi oleh pemilik terdahulu. Berdasarkan imej, jentera itu seakan sangat jarang atau tidak pernah digunakan. Malah, keadaan enjin kelihatan hampir tidak pernah disentuh dan bebas daripada sebarang kotoran dan kelusuhan. Bahagian dalaman pula nampak bersih, kemas dan cantik dengan kerusi kulit hitam tampak segar. Begitu juga dengan kemasan gentian karbon dan aluminium.

Sama seperti Enzo lain dalam tahun sama, supercar tersebut dikuasakan enjin aspirasi natural (NA) 6.0L V12 dengan kuasa 651hp pada 7,800hp dan tork 658Nm, 5,500rpm. Rasanya berbaloi tak dengan harga lebih RM16 juta?

GALERI

SUMBER: CarScoops

Ferrari Ferrari Enzo Ferrari Enzo Rosso Dino Ferrari rare untuk dijual Roda4 Rosso Dino
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.