Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 8 Ragam Pemandu Malaysia (yang Tak Semenggah) di Stesen Minyak
Autotainment

Inilah 8 Ragam Pemandu Malaysia (yang Tak Semenggah) di Stesen Minyak

Han OthmanBy Han Othman22/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH anda perhatikan perangai orang kita yang tidak semenggah di stesen minyak? Mungkin ramai tidak perasan sebab malas ambil pot, tetapi sedar tidak sedar, diri sendiri pun sudah jadi sebahagian gelagat itu.

Selepas buat pemerhatian, tinjauan, dan berbincang, inilah kesimpulan yang kami dapat senaraikan mengenai pe’el tak semenggah dan tak senonoh orang Malaysia di stesen minyak. Tipulah kalau tabiat yang kami senaraikan di bawah ini kita tidak pernah buat.

Nasihat kami, apa yang buruk sangat tu eloklahlah ditinggalkan. Baik mengaku cepat siapa yang pernah buat perangai macam ni?! Hmmm…

1. LUPA NOMBOR PAM MINYAK

Ini biasa terjadi, ada kalangan pengguna yang terus saja meluru keluar kereta ke kaunter bayaran sampai terlupa hendak tengok nombor pam. Kemudian, mulalah terjenguk-jenguk dari jauh macam kepala burung unta. Ada yang main tunding jari saja lokasi keretanya di pam.

Sepatutnya, zaman teknologi hari ini kita sudah tidak perlu risau lagi. Sesetengah stesen minyak ada menyediakan sistem bayaran menggunakan aplikasi mobil tanpa perlu ke kaunter bayaran.

Misalnya, aplikasi SETEL di stesen PETRONAS yang mana pengguna hanya perlu duduk dalam kereta, buka aplikasi SETEL, isikan nombor pam dan amaun isian. Apabila sudah diluluskan, cuma keluar dari kereta dan terus isi minyak. Tidak perlu lagi terjenguk-jenguk dari jauh atau berpatah balik sebab terlupa nombor pam.

2. PARKIR TEPI PAM, MASUK KEDAI BELI BARANG

Kalau kita yang sedang menunggu di belakang, memang bikin panas. Ingatkan hendak isi minyak, tetapi boleh pula dia membeli-belah dalam kedai. Ada juga yang ‘menyambil’ cari barang dan dibayarkan sekali dengan minyak.

Sudah selesai, barulah dia keluar ke kereta danisi minyak. Orang di belakang yang jenuh menunggu mulalah naik angin apabila nampak tuan kereta keluar dari kedai dengan tangan penuh barang dan baru hendak angkat nozel.

Namun seeloknya, kalau sudah berhenti tepi pam, sepatutnya untuk bayar dan isi minyak saja. Kalau hendak beli barang atau pergi ATM, carilah parkir lain. Bertimbang rasalah sikitkan…

3. JADI TEMPAT PARKIR FREE UNTUK PERGI KERJA

Ada sesetengah stesen minyak menyediakan ruang parkir yang banyak dan luas. Sedihnya, segelintir pengguna mengambil kesempatan untuk memarkir kenderaan sendiri sama ada untuk menapak ke pejabat berhampiran, atau mengambil perkhidmatan kereta e-hailing ke tempat kerja.

Pandai betul nak jimat belanja. Tak perlu bayar parkir, dan tak perlu risau kena saman dengan polis atau pihak berkuasa. Nampak bijak, tetapi sebenarnya menyusahkan pelanggan lain yang berkunjung ke stesen minyak tersebut. Namun, sesetengah pemilik stesen kini bertindak memberikan amaran kunci tayar kepada spesies pemandu sebegini.

4. BUKA CAR WASH SENDIRI

Setiap stesen minyak ada disediakan pengelap cermin, bekas air dan penyiram air di sebelah pam. Tujuan asalnya, digunakan pelanggan untuk mengelap cermin tingkap ketika sedang mengisi minyak. Namun, jangan terkejut kalau anda boleh terjumpa pengguna pelik dan tak tahu malu yang selamba buka kedai cuci kereta sendiri.

Pelanggan jenis ini biasanya bukan setakat mengelap cermin depan, atau belakang, tetapi juga mengelap bonet dan but, termasuk seluruh badan kereta sambil menyiram air dan sabun sampai habis lencun lantai pam di stesen berkenaan.

5. TAK SANGKUT PAM ANGIN LEPAS GUNA

Situasi ini selalu terjadi. Setiap kali hendak isi angin tayar, jarang sekali kita nampak kabel pam disangkut kemas. Kebiasaannya, dibiarkan bersepah dan berselirat atas lantai. Terpaksalah kita pula tarik dan gulungkan pam angin yang berjuraian itu. Itupun kalau kita termasuk golongan yang ada rasa tanggungjawab.

BACA >>> #TahukahAnda: Mitos dan Fakta Tayar Nitrogen Kini Dibongkar

6. BIARKAN RESIT KAD KREDIT, DEBIT PADA MESIN PAM

Masalah ini selalu dilakukan pengguna kad kredit atau debit yang mengisi minyak kenderaan mereka. Selepas diisi, resit yang keluar dibiarkan begitu saja, dan jadi satu kerja pula kita tolong tarikkan resit dia.

7. HENJUT KERETA MASA ISI MINYAK FULL TANK

Perangai ini selaku dilakukan rakyat Singapura yang mengisi minyak di Malaysia. Jarang sekali kita nampak pengguna tempatan buat aksi begini. Ada, tetapi jarang-jarang nampak dan tidaklah terlalu agresif.

Pelanggan jenis ini akan bertindak menggoncang dan menghenjutkan kereta mereka kononnya dapat mengisi lebih banyak. Nampak macam lucu dan mencuit hati, tetapi bagi mereka yang sedang menunggu hendak isi minyak, memang stres!

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat

8. TINGGAL BUDAK DALAM KERETA, MAK AYAH MASUK KEDAI

Situasi ini pun kerap berlaku melibatkan pemilik kenderaan yang hendak singgah sekejap untuk membeli barang, ke tandas atau mengeluarkan wang daripada mesin ATM. Apa dilakukan sesetengah ibu bapa ataun penjaga itu adalah berhenti depan pintu kedai dan keluar meninggalkan anak mereka dalam kereta. Memang bahaya!

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Tip Panaskan Enjin Kereta Tanpa Bazir Minyak, Cemar Alam

Auto Terkini autotainment Pemandu Malaysia' Ragam Pemandu Malaysia di Stesen Minyak Ragam Pemandu Malaysia yang Tidak Semenggah stesen minyak tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.