• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Inilah Tip Panaskan Enjin Kereta Tanpa Bazir Minyak, Cemar Alam

#ApaNakBuat: Inilah Tip Panaskan Enjin Kereta Tanpa Bazir Minyak, Cemar Alam

June 28, 2020 By AI Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANASKAN enjin kereta sebelum mula bergerak sudah jadi tabiat sesetengah pemandu kita. Namun seiring kemajuan teknologi kenderaan moden,  tabiat sebegitu sudah tidak lagi relevan kerana boleh menyebabkan pembaziran minyak.

Malah, tindakan memanaskan enjin dalam garaj atau halaman rumah boleh membuatkan orang sekitar rasa terganggu kerana terpaksa menghidu bau asap ekzos. Lagipun negara kita tiada salji.

BACA >>> Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut

Sebagai makluman, asap dilepaskan melalui paip ekzos kenderaan mengandungi pelbagai jenis gas berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan dan alam sekitar. Jadi anda sepatutnya mengelak melakukan sesuatu yang sia-sia dan merugikan .

Memanaskan enjin kereta tidak perlu lama, dan boleh saja dilakukan sambil memandu.  Ya, ada cara yang lebih efektif dan selamat. Cuba ikut tip berikut:

1. Panaskan enjin dengan kelajuan rendah. Ketika enjin dihidupkan, terutama kereta patuh Euro2 ke atas, putaran rpm enjin akan naik selama 10-15 saat. Ini menandakan kenderaan sudah siap bergerak. Tidak perlu pun tekan pedal minyak banyak kali seperti hendak berlumba.

2. Gerakkan kereta pada kelajuan 20kmj selama 2 minit, iaitu dalam posisi gear dua (untuk kereta auto, inilah masanya nak guna gear dua, D2). Dua minit adalah anggaran tahap suhu operasi selesai. Selepas itu anda boleh memandu seperti biasa.

3. Anda juga boleh jadikan simbol lampu biru sebagai indikator. Pandu perlahan ketika lampu biru menyala, dan mula pandu seperti biasa apabila lampu terpadam. Mudahkan?

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Enjin V6 Paling Jahat Pernah Dihasilkan

KENAPA TIDAK PERLU TUNGGU LAMA?

Jika enjin dihidupkan dalam keadaan pegun, anda sebenarnya hanya membazirkan minyak. Jadi, dengan menggerakkan kereta, barulah petrol atau diesel benar-benar melakukan kerja pembakaran.

Anda juga tidak perlu bimbang tentang kondisi minyak enjin. Ini kerana sebaik saja enjin dihidupkan, minyak enjin sudah pun melincirkan komponen dalaman kereta anda . Lainlah jika kenderaan anda tersadai tidak bergerak lebih sebulan.

Selain tidak mencemarkan persekitaran dengan asap ekzos, anda sebenarnya mengurangkan risiko bahaya ke atas diri sendiri dan orang lain. Tahukah anda kesan gas karbon monoksida (CO) mampu menjadi pembunuh senyap dan punca penyakit kepada manusia? Jadi, hati-hati!

BACA >>> Ingatkan Tidur, Dua Remaja Ditemui Maut Berbaring dalam Kereta

Artikel Berkaitan

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Autotainment. Tahukah Anda, enjin, panaskan enjin, panaskan enjin kereta, tahukah anda, TahukahAnda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my