• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu

Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu

March 19, 2021 By Admin PanduLaju 1 Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam melancarkan supermoped popular, Y16ZR (2021) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dilengkapi enjin dipertingkat dan teknologi dinaik taraf pada harga jualan RM10,888. 

Model dikatakan paling berkuasa dalam kelasnya itu kini dilengkapi pelbagai ciri menarik yang dijangka menjadi penanda aras baharu dan mengubah lanskap pasaran kapcai tempatan.

Berikut ciri menarik ditawarkan Y16ZR (2021):

BACA >>> Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
BACA >>> Yamaha YZF-R7 Bukan Khabar Angin, Dokumen Daftar Sudah Hantar

1. Enjin Serba Baharu dengan Teknologi VVA

Y16ZR dijana enjin serba baharu jenis 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel (VVA) berkuasa 17.7hp dan tork 14.4Nm. Ini juga model kapcai pertama menggunakan teknologi VVA yang banyak digunakan model skuter dan sportbike.

2. Teknologi Klac Antigelincir (Assist & Slipper Clutch)

Teknologi Assist & Slipper Clutch (A&S) ini dihubungkan terus kepada transmisi. Proses penukaran gear akan jadi lebih lancar dan kurang membebankan klac. Ingat, ciri ini tidak sama dengan fungsi Quick Shifter yang membolehkan penunggang menukar gear tanpa menarik klac. Jangan keliru.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?

3. Penarik Tuil Klac Lebih Pendek

Tuil klac model baharu ini kini 10mm lebih pendek berbanding Y15ZR yang memudahkan penunggang menukar gear dengan lebih pantas dan selesa.

4. Kotak Gear 6-Kelajuan

Akhirnya model serba baharu ini memenuhi permintaan peminat Yamaha dengan menambah satu lagi gear kepada 6-kelajuan berbanding lima gear pada Y15ZR. Lebih menarik, setiap gear mempunyai pemetaan pencucuhan berbeza bagi meningkatkan prestasi motosikal ini.

5. Casis Baharu yang Ringan

Menggunakan casis jenis kolar diperkuat baharu bentuk Y dan cagak (mount) enjin setebal 4.5mm untuk memberikan fiil tunggangan lebih optimum dan lebih kawalan ketika membelok walaupun pada halaju tinggi.

6. Brek Cakera Depan dengan Kaliper 2-Piston

Brek cakera depan kini lebih besar, bersaiz 245mm dengan kaliper brek 2-piston yang mampu memberikan ekstra cengkaman dan kestabilan ketika membrek. Cuma sayangnya tiada ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) disediakan.

7. Tangki Minyak Lebih Besar

Berbanding Y15ZR dengan kapasiti tangki 4.2 liter, Y16ZR (2021) menawarkan tangki lebih besar, 5.4 liter, iaitu ekstra 1.2 liter, sekali gus memberikan jarak perjalanan lebih jauh untuk isian penuh, iaitu 265km.

8. Pelana Gaya Baharu

Pelana lebih tipis berbanding model terdahulu, tetapi masih selesa dengan bentuk ergonomik mengikut postur punggung penunggang. Rekaan pelana jenis terpisah turut menyerlahkan imej sporty kapcai ini.

9. Lampu Depan, Belakang Serba Baharu

Y16ZR
Y16ZR
yamaha-y16zr-7

Rekaan lampu depan jenis terpisah untuk lampu utama dan lampu suluh tinggi (high-beam). Lampu utama diposisikan pada fairing kepala, manakala lampu suluh tinggi dan lampu siang (DRL) ditempatkan pada fairing dada. Lampu belakang pula mengambil ilham rekaan lampu belakang model superbike perdana Yamaha, YZF-R1.

Sistem lampu untuk supermoped ini menggunakan teknologi LED untuk efek suluhan lebih cerah, lebih jimat dan tahan lama.

10. Panel Meter Digital LCD Baharu

Panel meter baharu jenis LCD dengan paparan multi-info seperti spidometer, takometer, odometer, indikator gear, VVA dan lain-lain. Meter digital ini juga lebih jelas kerana menggunakan latar gelap yang kontras.

11. Sistem Kunci Pintar

Ini pembaharuan terkini yang tiada pada model lama, iaitu sistem kunci pintar tanpa kunci (keyless). Penunggang hanya perlu memutarkan butang pada slot kunci tanpa perlu memasukkan kunci fizikal. Sistem kunci pintar ini juga ada ciri ‘panggil balik’ (answer back) untuk mengesan lokasi motosikal, terutama di kawasan parkir luas, termasuk dilengkapkan ciri imobiliser untuk mengelakkan kecurian.

12. Soket 12V untuk Cas Telefon Pintar

Soket pengecas 12V kini siap tersedia di bawah hendal kiri untuk memudahkan penunggang mengecas telefon pintar. Ciri ini pastinya sangat dinantikan memandangkan gaya tunggangan masa kini sangat memerlukan penunggang kekal berhubung dengan telefon pintar mereka, terutama akses sistem navigasi, dan aplikasi mobil untuk mereka yang bekerja dalam ekonomi-gig seperti FoodPanda dan GrabFood.

13. Suis Pemati Enjin (Kill Switch)

Ciri ini asalnya cuma ada pada motosikal besar seperti sportbike, tetapi kini  sudah ada pada Y16ZR. Fungsinya, penunggang boleh terus mematikan enjin semudah mengetik kill switch.

KESIMPULAN

Walaupun dilancarkan pada harga agak tinggi, apa ditawarkan pasti berbaloi dengan teknologi moden dan prestasi enjin dipertingkat. Model kapcai ini pasti menjanjikan keseronokan dan kepuasan kepada pemiliknya.

Namun, ada beberapa kekurangan yang kami rasa boleh ditambah baik, seperti ketiadaan ciri ABS. Mungkin harga yang sedia mahal akan jadi lebih tinggi jika ciri keselamatan itu dipasangkan. Isu itu cuba diatasi dengan memberikan brek cakera lebih besar dengan kaliper 2-piston yang diharapkan mampu menampung kekurangan ABS.

Y16ZR akan mula ditayangkan di semua pengedar Yamaha berdaftar pada 31 Mac ini. Jika mahu mendapat maklumat lanjut, sila layari yamaha-motor.com.my.

Artikel Berkaitan

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor, Kapcai, roda2, Supermoped, waisuku v3, y15 v2, y15zr, Yamaha, yamaha y16zr, Yamaha Y16ZR VVA (2021)

Comments

  1. Yon says

    April 5, 2021 at 8:35 PM

    Model di pasang di malaysia bukannya CBU yang perlu cukai apa bagai.Perniagaan sekarang ini di monopoli oleh mereka yang pandai berpura pura dah kesalahan mereka dilenyapkan dan harga mahal sikit akan menuding jari ke pihak atasan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my