Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Ingatkan Kawasaki Z800, Rupanya Yamaha LC 135
Bikin Auto

Ingatkan Kawasaki Z800, Rupanya Yamaha LC 135

Abang GYLBy Abang GYL06/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEKALI imbas, jentera ini tampak seakan Kawasaki Z800 atau Z1000. Hakikatnya, cuma sebuah kapcai Yamaha LC 135 yang sudah dibikin khas.

Demi memenuhi ‘kegilaan’ dalam dunia modifikasi, empunya jentera, Muhamad Akmal Hamad, 19, sanggup berbelanja hingga RM9,000 bagi memastikan motosikal kesayangannya itu lain daripada lain. Buktinya, anak muda dari Kepala Batas, Pulau Pinang itu berjaya menyumpah Yamaha LC 135 miliknya jadi lebih menarik dan meletup hingga mampu memukau sesiapa saja yang memandangnya.

Menurut Akmal, dia mengambil masa tujuh bulan untuk menyiapkan motosikalnya dengan bantuan CLM Custom Works dan Ali DRSIGN.

“Saya peminat setia Hafizh Syahrin. Jadi, saya ambil konsep sama seperti jentera Hafizh yang dia tunggang ketika berlumba Moto2 dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.

“Tak kisah berapa banyak perlu berhabis, saya sanggup lakukan asalkan minat tercapai. Walaupun masih muda, tetapi semua itu langsung bukan penghalang untuk saya terus mendalami dunia modifikasi. Tambahan lagi, motor ini dibikin khas untuk acara autoshow saja, dan bukan digunakan sebagai kenderaan harian.

“Walaupun awal pembabitan saya dalam dunia modifikasi tidak disokong ibu bapa, tetapi kini mereka sudah faham selepas saya menang beberapa pertandingan autoshow,” tambah Akmal lagi.

BACA >>> Foto Unit Enjin Terakhir Tersebar, Yamaha 125Z Ucap Selamat Tinggal

RUPA GANAS

Dari pandangan luaran, jentera ini sebenarnya dikacukkan dengan model FZ150, yang juga dipadankan kit badan kustom bersama lampu depan HID. Bahagian roda menggunakan rim aloi SP522 dengan brek cakera berkembar kustom khas.

Berikut beberapa modifikasi yang turut dilakukan Akmal terhadap jenteranya itu:

  • Bar hendal X1r
  • Fast throttel Bungbon
  • Pam klac hidraulik Moritech
  • Klac tangan kustom
  • Skru enjin emas keluli tahan karat
  • Peg kaki Boushi Racing R25
  • Pam kaliper cakera kembar Brembo
  • Gad tangan Rizoma
  • Pam hidraulik Brembo – kiri dan kanan
  • Punat seperti jentera MotoGP
  • Meter digital
  • Lengan tungga NSR 150
  • Rantai D.I.D 428
  • Ekzos Leo Vince
  • Pelana kustom
  • Grip terotel Racing Boy
  • Kunci kawalan jauh (untuk hidupkan enjin, penghidup dan lampu ‘eagle eye‘)
  • Nat aloi penutup magnet
  • Pengecas USB
  • Absorber boleh laras Mono Kozi
  • Hos brek Morin – depan dan belakang

Gempak? Lawa atau tidak kalau Yamaha LC 135 dibikin khas sampai jadi macam ini?

GALERI

yamaha lc 135 akmal
yamaha lc 135 akmal
yamaha lc 135 akmal
yamaha lc 135 akmal
yamaha lc 135 akmal

KREDIT FOTO: Art Viva (Art Viva Bride)

 

Ali DRSIGN CLM Custom Works harga Yamaha LC 135 modifikasi Yamaha LC 135 Muhamad Akmal Hamad Yamaha LC 135
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Zamri on 15/01/2018 18:52

      Tahniah… Cantik… Pengeluar moto patut buat moto mcm gini yg mmg confirm2 ada tempat letak barang

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.