• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Ingatkan Kawasaki Z800, Rupanya Yamaha LC 135

Ingatkan Kawasaki Z800, Rupanya Yamaha LC 135

January 6, 2018 By Abang GYL 1 Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEKALI imbas, jentera ini tampak seakan Kawasaki Z800 atau Z1000. Hakikatnya, cuma sebuah kapcai Yamaha LC 135 yang sudah dibikin khas.

Demi memenuhi 'kegilaan' dalam dunia modifikasi, empunya jentera, Muhamad Akmal Hamad, 19, sanggup berbelanja hingga RM9,000 bagi memastikan motosikal kesayangannya itu lain daripada lain. Buktinya, anak muda dari Kepala Batas, Pulau Pinang itu berjaya menyumpah Yamaha LC 135 miliknya jadi lebih menarik dan meletup hingga mampu memukau sesiapa saja yang memandangnya.

Menurut Akmal, dia mengambil masa tujuh bulan untuk menyiapkan motosikalnya dengan bantuan CLM Custom Works dan Ali DRSIGN.

"Saya peminat setia Hafizh Syahrin. Jadi, saya ambil konsep sama seperti jentera Hafizh yang dia tunggang ketika berlumba Moto2 dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.

"Tak kisah berapa banyak perlu berhabis, saya sanggup lakukan asalkan minat tercapai. Walaupun masih muda, tetapi semua itu langsung bukan penghalang untuk saya terus mendalami dunia modifikasi. Tambahan lagi, motor ini dibikin khas untuk acara autoshow saja, dan bukan digunakan sebagai kenderaan harian.

"Walaupun awal pembabitan saya dalam dunia modifikasi tidak disokong ibu bapa, tetapi kini mereka sudah faham selepas saya menang beberapa pertandingan autoshow," tambah Akmal lagi.

BACA >>> Foto Unit Enjin Terakhir Tersebar, Yamaha 125Z Ucap Selamat Tinggal

Yamaha LC 135 Akmal modifikasi_PanduLaju (31)
Yamaha LC 135 Akmal modifikasi_PanduLaju (22)
Yamaha LC 135 Akmal modifikasi_PanduLaju (30)
Yamaha LC 135 Akmal modifikasi_PanduLaju (13)
Yamaha LC 135 Akmal modifikasi_PanduLaju (19)
Yamaha LC 135 Akmal modifikasi_PanduLaju (14)

RUPA GANAS

Dari pandangan luaran, jentera ini sebenarnya dikacukkan dengan model FZ150, yang juga dipadankan kit badan kustom bersama lampu depan HID. Bahagian roda menggunakan rim aloi SP522 dengan brek cakera berkembar kustom khas.

Berikut beberapa modifikasi yang turut dilakukan Akmal terhadap jenteranya itu:

  • Bar hendal X1r
  • Fast throttel Bungbon
  • Pam klac hidraulik Moritech
  • Klac tangan kustom
  • Skru enjin emas keluli tahan karat
  • Peg kaki Boushi Racing R25
  • Pam kaliper cakera kembar Brembo
  • Gad tangan Rizoma
  • Pam hidraulik Brembo - kiri dan kanan
  • Punat seperti jentera MotoGP
  • Meter digital
  • Lengan tungga NSR 150
  • Rantai D.I.D 428
  • Ekzos Leo Vince
  • Pelana kustom
  • Grip terotel Racing Boy
  • Kunci kawalan jauh (untuk hidupkan enjin, penghidup dan lampu 'eagle eye')
  • Nat aloi penutup magnet
  • Pengecas USB
  • Absorber boleh laras Mono Kozi
  • Hos brek Morin - depan dan belakang

Gempak? Lawa atau tidak kalau Yamaha LC 135 dibikin khas sampai jadi macam ini?

GALERI

yamaha lc 135 akmal
yamaha lc 135 akmal
yamaha lc 135 akmal
yamaha lc 135 akmal
yamaha lc 135 akmal

KREDIT FOTO: Art Viva (Art Viva Bride)

 

Artikel Berkaitan

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: Ali DRSIGN, CLM Custom Works, harga Yamaha LC 135, modifikasi Yamaha LC 135, Muhamad Akmal Hamad, Yamaha LC 135

Comments

  1. Zamri says

    January 15, 2018 at 6:52 PM

    Tahniah… Cantik… Pengeluar moto patut buat moto mcm gini yg mmg confirm2 ada tempat letak barang

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Polis Perak Sita Motosikal Ubah Suai Ekzos, Polis Bukit Aman Gegar Mat Rempit Johor
    Polis Perak Sita Motosikal Ubah Suai Ekzos, Polis Bukit Aman Gegar Mat Rempit Johor
  • #Tular: Polis Melaka Nafi, Iring VIP Bukan Punca Kemalangan
    #Tular: Polis Melaka Nafi, Iring VIP Bukan Punca Kemalangan
  • Pemilik Waisuku Kena Saman: "Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya"
    Pemilik Waisuku Kena Saman: "Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya"
  • #Spyshot: Inilah Koleksi Foto Bocor Perodua Ativa Menjelang Pelancaran 3 Mac Ini
    #Spyshot: Inilah Koleksi Foto Bocor Perodua Ativa Menjelang Pelancaran 3 Mac Ini

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my