Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Infiniti Tarik Diri dari Pasaran Australia, Apa Nasib Jenama Itu di Malaysia?
Roda4

Infiniti Tarik Diri dari Pasaran Australia, Apa Nasib Jenama Itu di Malaysia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS menarik diri dari pasaran Indonesia pada pertengahan tahun lalu, Infiniti awal tahun ini mengumumkan menghentikan pengeluaran di Eropah Barat menjelang 2020. Paling terbaharu, jenama itu juga bakal lenyap dalam senarai kereta mewah di Australia.

Nasib menimpa Infiniti nampaknya tidak seindah jenama mewah Asia lain seperti Lexus (di bawah Toyota) dan Acura (Honda). Namun, keputusan menghentikan pengeluaran di Australia bukanlah dalam masa terdekat.

Menurut Infiniti, pengeluar itu merancang melakukannya pada akhir 2020 bagi menghabiskan stok produk sedia ada yang diimport ke Australia.

BACA >>> Acura Type S Concept – Sedan Menawan Penuh Kuasa dengan Gaya Coupé

Justeru, lima wakil jualan di Sydney, Melbourne dan Perth akan berusaha menjual stok yang berbaki. Bagi melayani pelanggan sedia ada, Infiniti akan menggunakan bantuan Nissan untuk segala urusan alat ganti dan servis.

Sebagai makluman, Infiniti bukanlah jenama pertama yang keluar dari pasaran Australia. Sebelum ini jenama lain yang pernah menarik diri dari pasaran negara itu ialah Opel, Proton dan Chery. Infiniti pula baru cuba memasuki pasaran Australia pada 2012.

Setakat ini jenama itu sudah berhasil menjual 3,987 unit sepanjang tujuh tahun operasi, atau secara purata, 570 unit kereta setahun atau 47 unit sebulan. Boleh tahan juga.

BACA >>> Previu: Infiniti Q70 (2015)

Bagaimanapun, angka jualan itu masih kecil berbanding barisan produk ditawarkan seperti Q30, QX30, Q50, Q60 Coupe, QX70 hingga QX80. Mungkin sudah tiba masa Infiniti merombak rekabentuk model-model jenama itu supaya mampu bersaing.

Adakah Infiniti juga akan mengalami nasib sama di Malaysia?

BACA >>> PREVIU: Infiniti QX80 – RM799,000 Sahaja !!!

Infiniti Infiniti Malaysia Infiniti Q30 Infiniti Q50 Infiniti Q60 Coupe Infiniti QX30 Infiniti QX70 Infiniti QX80 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.