• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Infiniti QX80 - RM799,000 Sahaja !!!

PREVIU: Infiniti QX80 - RM799,000 Sahaja !!!

March 18, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

QX80 4INFINITI melengkapkan lagi barisan modelnya di pasaran Malaysia menerusi pelancaran QX80 yang tampil dengan gabungan inspirasi ciri rekabentuk unik dan prestasi bertaraf tinggi.

Model SUV mewah  yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu dijual pada harga  RM799,000 seunit untuk pendaftaran peribadi atau RM799,200 bagi pendaftaran syarikat. Harga ditawarkan tidak termasuk insurans.

KABIN LUAS

QX50 hadir dengan rekabentuk dinamik dan keselesaan saiz ruang dalaman kabin yang luas sehingga mampu menempatkan lapan orang penumpang dewasa.

Tempat duduk pula dibaluti kulit semi-aniline mewah selain kawalan suhu  (fungsi penyejukan dan panas) ditawarkan pada tempat duduk baris pertama dan kedua.

QX80 interior 2Jika mahukan ruangan lebih luas, tempat duduk baris kedua boleh dilipat dengan konfigurasi 60/40 melalui suis dan juga memudahkan urusan keluar masuk penumpang di tempat duduk baris ketiga.

QX80 5LUARAN GARANG

Rekaan signatur dwi lengkung hadapan berserta gril dengan alunan corak gelombang menjadikan ia tampak seperti model sports sedan popular Q50. Fascia hadapan lampu LED yang baharu pula tampil dengan inspirasi “brow and eye”, dilengkapi pancaran tinggi/rendah dan juga lampu nyalaan siang (DRL).

Lebih tampak garang, ia turut didatangkan dengan rim aloi bersaiz 22 inci yang ringan, pelindung bampar belakang tahan karat dan pintu belakang berkuasa elektrik.

PRESTASI - 5.6L V8

Aspek mekanikal, QX80 dijana unit enjin bersesaran 5.6L V8 bersama teknologi VVEL (Variable Valve Event & Lift) Infiniti. Hasil bantuan sistem Direct Injection Gasoline (DIG) bersama kotak gear automatik 7-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 405hp dan tork puncak 560Nm.

Dalam pada itu, QX80 turut didatangkan dengan sistem pacuan empat roda (4WD) Infiniti bersama mode Auto, 4H dan 4L. Sistem ini direka untuk mengagihkan kuasa tork ke  keempat-empat roda bergantung kepada kondisi jalan (sebanyak 50 peratus  kuasa tork boleh disalurkan ke roda hadapan jika perlu) bagi membantu meningkatkan cengkaman.

2015 Infiniti QX80Sistem Hydraulic Body Motion Control juga diperkenalkan buat pertama kalinya pada kenderaan Infiniti. Sistem ini mampu mengurangkan olengan tubuh kenderaan ketika membelok untuk memberikan pemanduan yang lebih selesa. Ia juga membantu mengurangkan lantunan keras dengan menala tenaga redaman lantunan dan olengan secara berasingan.

QX80 3AUDIO - 15 Pembesar Suara

Selain itu, QX80 juga menawarkan sistem audio Bose Cabin Surround. Dilengkapi sistem audio skrin sesentuh beresolisi tinggi bersaiz lapan inci, ia hadir bersama 15 unit pembesar suara, pemain DVD/CD tunggal, MP3, port penyambungan USB untuk digunakan oleh iPod® Interface atau peranti-peranti lain, serta penstriman audio melalui Bluetooth®.

Infiniti QX80 menawarkan empat pilihan warna menarik seperti Majestic White, Graphite Shadow, Dark Currant dan Black Obsidian.

SPESIFIKASI

ENJIN 5.6L V8
TRANSMISI Automatik 7-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 405hp
TORK MAKSIMUM 560Nm
HARGA RM799,000 (tidak termasuk insurans)

2015 Infiniti QX80
QX80 interior 2
2015 Infiniti QX80
QX80 5
QX80 4
QX80 3

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, Infiniti Malaysia, Infiniti Q50, Infiniti QX80

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev