Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Ecstar MotoGP Edition, Harga RM8.9k
Auto Terkini

Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Ecstar MotoGP Edition, Harga RM8.9k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/11/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEWAKILI karakter jiwa sporty dan agresif generasi muda, Suzuki GSX-R150 di Indonesia menerima reputasi positif dan menerima tempat tersendiri sebagai motor terlaju dalam kategori sport 150cc.

Seiring momentum bersejarah ulang tahun ke-100 Suzuki global, dan 50 tahun di Indonesia, serta lonjakan prestasi pasukan Suzuki Ecstar dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, Suzuki Indomobil Sales (SIS) memperkenalkan model edisi khas Suzuki GSX-R150 MotoGP Edition (2020).

Penampilan GSX-R150 MotoGP Edition (2020) diilhamkan daripada GSX-RR yang digunakan pasukan Suzuki Ecstar MotoGP 2020 dan turut digunakan barisan famili GSX-R lain.

Bahagian badan disembur warna Solarize Silver Metallic Triton Blue yang kali pertama digunakan jentera lumba Suzuki dalam kejuaraan Isle of Man’s Trophy Tourist 1960.  Dua tahun kemudian, pelumba Ernst Degner menjuarai perlumbaan pertama buat Suzuki dengan meraih gelaran Kejuaraan Dunia pertama pasukan tersebut dalam kategori 50cc.

Gaya seragam itu kembali popular selepas digunakan pasukan lumba MotoGP Suzuki tahun ini. Walaupun dikeluarkan sebagai model edisi khas, GSX-R150 MotoGP Edition (2020) ini masih ditawarkan pada harga mampu milik, iaitu Rp31.6 juta (RM8,950) untuk varian Keyless Ignition-Non ABS.

Selain itu, SIS turut menyegarkan semula seragam baharu Suzuki GSX-R150 Special Edition untuk varian Keyless Ignition – Non ABS dalam tiga pilihan warna: MB Daytona Yellow, Titan Black-Rouge Red CW dan Stronger Red-Titan Black.

GSX-R150 menawarkan prestasi, bentuk badan kompak dan teknologi terkini yang dijana enjin 150cc DOHC dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 14.1hp @ 10,500 rpm dan tork 14Nm @ 9000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Ciri lain GSX-R150 ialah kluster instrumen digital, sistem penghidup tanpa kunci (keyless), dan lampu utama LED.

BACA >>> Suzuki Malaysia Akan Bawa Masuk Gixxer?
BACA >>> Prototaip R25 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Fasiliti Yamaha Indonesia?

Ernst Degner roda2 sportbike sportbike 150cc Suzuki Suzuki Ecstar Suzuki GSX-R150 MotoGP Edition (2020) Suzuki Indonesia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. lol on 02/11/2020 23:45

      typo tu

      GSXR 150 mampu menhasilkan 19.1 HP bukan 14.1

      kalau 14.1, belang lagi laju

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.