Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Indian FTR 1200 Carbon (2020) yang Lebih Mahal, Premium Didedahkan
Roda2

Indian FTR 1200 Carbon (2020) yang Lebih Mahal, Premium Didedahkan

AryonBy Aryon04/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INDIAN Motorcycles mendedahkan FTR 1200 Carbon, iaitu varian paling premium dalam model itu pada harga £14,699 (RM79,310). Bagaimanapun model ini cuma ditawarkan untuk pasaran Eropah buat masa sekarang.

Walaupun lebih mahal daripada dua lagi varian, motosikal Amerika Syarikat (AS) itu menawarkan beberapa ciri eksklusif. Seperti namanya, FTR 1200 Carbon dilengkapi komponen gentian karbon pada tangki minyak, madgad depan, kowl lampu, penutup pelana pembonceng, dan penutup kotak udara. Bahagian tangki minyak tertera lencana Indian FTR 1200 Carbon.

Juga ada sedikit perubahan mekanikal seperti penggunaan ekzos Akrapovic 2-1-2. Namun tiada naik taraf prestasi dilakukan dan enjin kekal sama, 1,203cc berkuasa 125hp dan tork 120Nm. Walaupun memiliki tambahan komponen gentian karbon baharu, FTR 1200 Carbon ini lebih berat daripada varian 1200 S dan Standard.

Sistem suspensi menggunakan fork dengan travel panjang 150mm boleh laras sepenuhnya yang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi, dan Kawalan Wheelie. Sistem tunggangan boleh dilaraskan mengikut tiga mod tetapan: Sport, Standard dan Rain.

Ciri konektiviti dilengkapkan skrin sentuh 4.3 inci, pengecas pantas USB, dan Bluetooth, manakala ciri keselamatan didatangkan dengan ciri kawalan traksi dan jelajah, dan dwi brek Brembo dengan ABS.

BACA>>> Indian Motorcycle Patenkan Teknologi VVT untuk Enjin Thunder Stroke 111
BACA>>> BMW R 18 (2021) Lancar, Cruiser Klasik Moden dengan Prestasi Buas

GALERI
Indian FTR 1200 Carbon (2020) Indian Motorcycles roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.