Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»IIHS: Sistem Kereta Pandu Sendiri Masih Belum Cukup Pintar
Auto Terkini

IIHS: Sistem Kereta Pandu Sendiri Masih Belum Cukup Pintar

Han OthmanBy Han Othman15/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM bantuan pemandu hari ini boleh memecut, membrek dan mengawal stereng dalam situasi tertentu, tetapi masih tidak cukup maju untuk menggantikan manusia sepenuhnya sebagai pemandu, menurut Institut Insurans bagi Kelamatan Lebuhraya (IIHS).

Berdasarkan keputusan ujian Tahap 2 dilakukan ke atas teknologi pemanduan autonomi daripada Tesla, Mercedes, BMW dan Volvo sama ada atas jalan dan trek, IIHS menyimpulkan bahawa setiap sistem mempunyai potensi bahaya.

BACA >>> IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

Ketua Kajian IIHS, David Zuby berkata, tiada satu pun daripada lima sistem itu yang boleh betul-betul diharap.

“Pemandu mesti kekal beri perhatian penuh apabila sistem itu digunakan,” katanya.

Dalam empat ujian berasaskan trek, IIHS mengesan ada kelemahan dalam sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Volvo, termasuk sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) Tesla, begitu juga Mercedes-Benz dan BMW.

Sementara itu, ujian atas jalan menemui beberapa isu dengan semua sistem tersebut yang mana setiap kenderaan diuji (kecuali Tesla Model 3) gagal memberikan respon kepada kenderaan depan pada poin tertentu. Model 3 pula begitu sensitif ketika membrek, iaitu  12 kali sepanjang ujian dengan jarak perjalanan 289km. Menurut jurutera, ada 7 kes melibatkan respon brek yang disebabkan bayang-bayang pokok atas jalan.

Menurut Zuby, IIHS masih tidak jelas adakah pembrekan sensitif itu ialah refleks kepada ciri pengesanan lebih baik.

“Kami perlu melakukan ujian tambahan untuk memahami semua itu dengan lebih lanjut,” katanya.

SISTEM TIDAK KONSISTEN


IIHS juga menemui isu mengenai Sistem Kekal Lorong (LKS) yang tidak konsisten. Sistem Autosteer Tesla bagaimanapun menunjukkan hasil memuaskan dalam enam ujian melibatkan tiga seksyen jalan raya berliku. Model 3 mampu kekal di dalam lorong bertanda dalam 18 percubaan, cuma Model S melencong keluar sekali. Ciri LKS dimiliki Mercedes-Benz dan Volvo pula hanya mampu kekal dalam lorong sebanyak 9 daripada 17 percubaan, manakala BMW cuma mampu melepasi 3 daripada 16 percubaan.

BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek, daripada Blok Kayu kepada ABS, EBD dan BA

Ujian sama kemudian beralih kepada seksyen jalan raya bercerun untuk menguji kemampuan sistem di laluan berbukit. Model 3 cuma gagal dalam satu percubaan, manakala sistem Mercedes-Benz melakukannya dengan 15/18 percubaan. Volvo turut menunjukkan hasil yang baik, iaitu 9/16 percubaan, dan Tesla Model S (5/18 percubaan) serta akhir sekali BMW yang gagal semua percubaan (0/14).

Walaupun menunjukkan keputusan memberangsangkan, Model S dan Model 3 mengalami kegagalan paling dramatik ketika ujian berasaskan trek apabila kedua-dua model itu merempuh objek pegun ketika jurutera menguji prestasi AEB.

IIHS kini sedang membangunkan skema ujian menyeluruh untuk sistem bantuan pemandu yang dijangka siap dan bersedia diuji kira-kira 12 bulan lagi,  kata Zuby.

SUMBER: CarScoops

BMW David Zuby IIHS Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) Mercedes-benz Tesla Volvo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.