Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Venue (2020), SUV Subkompak yang Lebih Genit dan Mampu Milik
Roda4

Hyundai Venue (2020), SUV Subkompak yang Lebih Genit dan Mampu Milik

Han OthmanBy Han Othman25/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Venue (2020)
baru saja debut di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019, baru-baru ini yang diposisikan di bawah Kona dalam barisan famili kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Korea itu. Jadi harga Venue ini dijangka lebih mampu milik.

Sama seperti Kona, Venue (2020) juga akan ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik.  SUV ini akan dikuasakan enjin empat silinder aspirasi natural (NA) 1.6L dengan kotak gear manual 6-kelajuan sebagai transmisi standard, manakala CVT ialah pilihan. Tiada angka kuasa didedahkan, tetapi enjin sama digunakan Accent (sedan subkompak) menghasilkan kuasa 130hp dan tork 161Nm.

BACA >>> Foto Rasmi Hyundai Kona (2017), Termasuk Interior Didedahkan

PENJIMATAN 14KM PER LITER

Venue (2020) cuma ada dalam pacuan roda depan (FWD), ciri biasa untuk kenderaan jenis SUV subkompak, tetapi tidak mustahil Hyundai menawarkan sistem pacuan semua roda sebagai opsyen tambahan seperti dilakukan Toyota menerusi C-HR dan Honda (HR-V).

Apapun, antara alasan kenapa sistem FWD digunakan ialah untuk mendapat tahap kecekapan bahan api terbaik. Venue mencatatkan rating 33mpg (batu per gelen), bersamaan 14km per liter, atau 7km per 100km. Lagipun, SUV bersaiz ini lebih banyak bergerak di jalan raya bandar dengan lalu lintas sesak.

Sama seperti model Hyundai lain, Venue (2020) juga tidak pernah kurang dengan ciri keselamatan terbaik yang biasanya ada pada model lebih mahal. Antaranya bantuan elak perlanggaran depan, bantuan kekal lorong (LKA), amaran titik buta (BSW), amaran perhatian pemandu, dan amaran trafik lintas belakang (RCTA). Bagaimanapun, tiada ciri kawalan jelajah adaptif (ACC) diberikan yang sepatutnya sudah jadi ciri biasa kenderaan moden masa kini.

Venue (2020) didatangkan dengan sistem infotainment dan skrin sentuh 8 inci yang serasi kemas kini trafik masa nyata, Apple CarPlay, dan Android Auto. Ia juga dilengkapkan port USB pengecasan pantas, kerusi depan dan cermin sisi dengan fungsi pemanas, sistem navigasi, Bluetooth, dan ciri Amazon Alexa dan Google Assistant bersepadu, membolehkan pemandu menghidupkan kereta secara kawalan jauh menggunakan peranti rumah yang dihubungkan.

BACA >>> Hyundai Kona EV – Cas Penuh Mampu Jelajah 300-500km

Kapasiti kargo Venue (2020) berukuran 530 liter dengan kerusi belakang boleh dilipat 60:40. Perbandingan dengan Kona ialah 903 liter.  SUV ini juga menawarkan dua konfigurasi lantai untuk memuatkan item panjang.

SUBKOMPAK YANG LEBIH MAMPU MILIK?

Mengambil kira reputasi Kona sebagai pemenang Kenderaan Utiliti Amerika Utara 2019 Terbaik, dan Kenderaan Utiliti Terbaik 2019 (AutoGuide.com), penanda aras Venue (2020) memang sudah sedia tinggi. Model ini dijadualkan berada di pusat jualan pada suku keempat tahun ini, dan proses pemasangan dibuat di Korea.

Pada Pameran Auto Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 lalu, Kona dikhabarkan akan memasuki pasaran Malaysia tahun ini pada anggaran harga RM90,000 hingga RM130,000. Peliknya, Kona pun ialah SUV subkompak yang akan bersaing dengan model lawab seperti HR-V dan C-HR.

BACA >>> #KLIMS2018: Hyundai Kona di Malaysia Tahun Depan, Perkenal 2 Varian, Termasuk Turbo?

Ini bermakna Venue (2020) ialah SUV subkompak yang lebih mampu milik? Mungkinkah ada dalam pelan Hyundai Malaysia?

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Crossover hyundai Hyundai Venue (2020) Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019 Roda4 SUV SUV segmen-B SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

23/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.