• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Foto Rasmi Hyundai Kona (2017), Termasuk Interior Didedahkan

Foto Rasmi Hyundai Kona (2017), Termasuk Interior Didedahkan

June 13, 2017 By Azhan O 1 Comment

FacebookTwitter


TIDAK tahan dengan foto-foto intipan yang dibocorkan, Hyundai akhirnya memutuskan mendedah imej rasmi model serba baharu, Kona sebelum pendedahan besar-besaran yang dijadualkan hari ini. Ada empat imej kualiti rendah didedahkan kepada media yang terdiri daripada penampilan rupa depan dan belakang, termasuk dalaman.

Hyundai Kona (2017) serba baharu direka dengan gaya agresif yang menjadikan pembeli muda di Eropah sebagai sasaran.  Antara keunikan Kona ialah lampu utama berkembar dan rekaan gril baharu bercorak jejaring silang, serta penggunaan salutan plastik pada beberapa bahagian badan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

BACA >>> Foto Teaser Hyundai Kona (2017) Papar Imej Lampu Sahaja, Harap Bersabar

MIRIP IONIQ, i30

Hyundai Ioniq Hybrid
Hyundai Ioniq Hybrid

Imej dimuat naik dalam Hyundai-blog itu turut mendedahkan rupa dalaman Kona yang jelas mirip gaya model-model baharu Hyundai seperti Ioniq (foto atas) dan i30 dengan paparan skrin sentuh yang diletakkan di atas ventilator penyaman udara.

Hyundai juga menambah perincian warna terang pada ventilator penyaman udara, sekeliling gear, dan kerusi untuk dipadankan dengan penampilan luaran yang serba funky. Apapun, masih mirip kepada model-model terdahulu dan tidak berapa mengejutkan.

Hyundai Kona serba baharu dijangka menggunakan komponen i20 dan i30, manakala versi pacuan semua-roda (AWD) akan ditawarkan sebagai opsyen. Barisan enjin hampir pasti menggunakan enjin 1.0L dan 1.4L pengecas turbo yang sedia digunakan pada model i20 dan i30, berserta pilihan transmisi manual dan automatik klac-dual.

Harap bersabar menunggu perincian lanjut mengenai model paling dinanti tahun ini.

SUMBER: Hyundai-blog

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: foto teaser rasmi, hyundai, Hyundai Kona, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev