Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Sonata (2020) Tayang di Malaysia! Anggaran Harga RM200k
Auto Terkini

Hyundai Sonata (2020) Tayang di Malaysia! Anggaran Harga RM200k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA Hari Malaysia lalu Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) menyiarkan satu video yang memaparkan staf wakil pengeluar itu berkongsi cerita tentang Hari Malaysia dan keunikan negara ini.

Bagaimanapun yang menarik perhatian ketika slot Satria dan Alfian di belakang, kelihatan sebuah model baharu yang belum lagi dilancarkan di Malaysia. Video itu menjadi petanda kehadiran model sedan segmen-D. Kami berpeluang melihat model tersebut lebih dekat pada sesi pandu uji Hyundai Kona.

GAYA BADAN FASTBACK

Bakal dirasmikan tahun ini, Hyundai Sonata (2020) generasi kelapan tampil dengan gaya fastback dan bahasa rekaan baharu Hyundai ‘Sensuous Sportiness’. Rupa baharu radikal yang diilhamkan berasaskan model konsep Le Fil Rouge itu tampil dengan overhang depan yang pendek, dan bahagian belakang melunjur seakan bumbung coupe serta lid belakang rendah.

Di depan, gril Digital Pulse Cascading dipadukan dengan bonet bersama garisan lekuk. Elemen krom bermula dari lampu depan yang kemudian ditarik melewati cermin sisi sebelum melingkar di tingkap. Garisan krom di depan itu diperbaharui dengan memasukkan lampu nyala siang (DRL) yang dipanggil Hidden Lighting Lamps oleh Hyundai.

Selain itu, sepanjang bahagian sisi pintu kereta anda akan dapati garisan halus yang timbul dari tayar depan hingga bampar belakang. Rekaan lampu belakang Sonata juga unik yang bersambung antara kiri dan kanan. Pasaran Malaysia akan menerima rim 18-inci.

Rombakan reka bentuk itu diteruskan ke bahagian dalam yang mana papan pemuka kini diserlahkan dengan skrin sentuh hiburan 8-inci dan kluster instrumen digital 12.3-inci. Paling menarik Sonata baharu ini memaparkan imej titik buta di bahagian belakang kereta pada bahagian meter sebaik pemandu menyalakan signal.

Bahkan bentuk kotak gear tiada lagi tombol tradisional sebaliknya ia digantikan dengan punat P, R, N dan D shift by wire sekaligus menjimatkan ruang kokpit. Tersedia juga pengecas Qi tanpa wayar yang didatangkan dengan ciri pengudaraan. Kemasan kabin juga didatangkan dengan material premium keras dan lembut. Lebih menarik bumbung kabin didatangkan dengan fabrik mewah lembut.

BACA>>>#TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?

MALAYSIA TERIMA ENJIN 2.5 MPI

Dari segi dimensi model itu lebih panjang, lebar dan rendah berbanding generasi sebelumnya dengan jarak antara roda 2,840mm, lebar (1,860mm) dan panjang (4,900mm). Jika pasaran luar didatangkan dengan dua pilihan enjin, Malaysia hanya menerima satu pilihan enjin iaitu Smartstream G2.5L aspirasi natural yang menghasilkan kuasa 180hp dan tork 232Nm.

Kemudian kuasa tersebut disalurkan ke tayar depan menerusi transmisi 6-kelajuan automatik. Hyundai Sonata didatangkan dengan empat mod pemanduan iaitu Eco, Smart, Sport dan Comfort. Malaysia bakal menjadi negara pertama Asia Tenggara memperkenalkan Sonata dan model versi import itu dianggarkan sekitar RM200k.

Hyundai Sonata Malaysia turut dilengkapi dengan Hyundai Smart Sense merangkumi  Advanced Smart Cruise Control (ASCC), Forward Collision-Avoidance Assist, Automatic High Beam Assist, Lane Keep Assist System (LKAS), Lane Follow Assist dan Driver Attention Warning.

BACA >>> Hyundai Sonata (2020) Tunjuk Muka dengan Rekabentuk Radikal dan Dramatik
BACA >>> #PanduUji: Toyota Camry (2019) yang Bukan Lagi Sedan Uncle, Kini Lebih Ranggi

GALERI
Auto Terkini hyundai Hyundai Sonata (2020) Hyundai-Sime Darby Motors Roda4 sedan segmen-D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.