Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Santa Fe (2019) Kini Lebih Saiz, Lebih Menawan [119 Foto]
Roda4

Hyundai Santa Fe (2019) Kini Lebih Saiz, Lebih Menawan [119 Foto]

Han OthmanBy Han Othman26/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI diuar-uarkan, Hyundai Santa Fe (2019) akhirnya dilancarkan di Korea Selatan dengan menampilkan rekabentuk elegan dan bercirikan teknologi terkini. Hyundai turut melakukan perubahan varian dengan menukar nama versi lima penumpang, Santa Fe Sport menjadi Santa Fe, manakala versi tujuh penumpang akan dikenali sebagai Santa Fe XL. Pengeluar dari Korea Selatan itu juga mengesahkan sedang membangunkan satu lagi SUV tiga baris tempat duduk dengan kapasiti lapan penumpang.

BACA >>> Dua Imej Pertama Hyundai Santa Fe (2019) Didedahkan

Model rekabentuk semula ini mengetengahkan rekaan lebih berani seakan model Kona. Bahagian depan didominasi gril bersulam besar yang diapit unit lampu LED, manakala rekaan belakang tampak lembut dengan aksen metalik dan salutan plastik pada bampar.

LEBIH DIMENSI

Keseluruhan, Santa Fe (2019) berukuran panjang 4,770mm, lebar 1,890mm dan tinggi 1,680mm dengan jarak roda 2,765mm. SUV ini 70mm lebih panjang, dan 10mm lebih lebar, berbanding model sedia ada, manakala jarak roda ditambah 65mm.

Pertambahan dimensi itu membolehkan SUV saiz pertengahan itu menambah ruang kargo sebanyak 1,036 liter  di belakang barisan kedua, dan 328 liter di belakang baris ketiga. Apabila semua baris kerusi dilipat, Santa Fe (2019) mampu menampung kapasiti 2,018 liter.

BACA >>> Teaser Hyundai Santa Fe (2019) Versi Lakaran, Serius Cantik!

Ruang dalaman kini direka serba baharu dan dilengkapkan kluster instrumen digital, paparan dongak dan but buka automatik (power liftgate). Ini termasuk sistem infotainment teknologi tinggi dengan teknologi pengecaman suara dan sambungan Apple Car Play.

Sistem bantuan pemandu juga disediakan seperti ciri elak rempuhan depan, bantuan tukar lorong dan kawalan jelajah pintar dengan fungsi henti-mula, termasuk bantuan pemanduan lebuh raya dan sistem amaran rempuhan belakang.

Di Korea Selatan, Santa Fe (2019) ditawarkan dengan tiga varian enjin 4-silinder:

  • 2.0L pengecas turbo petrol (231hp, 353Nm)
  • 2.0L diesel (183hp, 402Nm)
  • 2.2L petrol (199hp, 441Nm)

Semua enjin dipadukan transmisi automatik 8-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD). Harga pula bermula ₩28.15 juta (RM102,473). Menurut Hyundai, tempahan diterima setakat ini ketika pelancaran diumumkan sudah mencapai 14,243 unit.

GALERI
hyundai Hyundai Santa Fe Hyundai Santa Fe (2019) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Korea Selatan SUV SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Auto Terkini

NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

22/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

22/05/2026
Aksesori

#BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

21/05/2026

1 Comment

  1. Wak on 26/02/2018 13:24

    Rupa Cun mcm CX5
    Enjin gagah mcm CRV
    Harga dia Macam HRV
    Hebat

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.