Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Rancang Bina Teksi Udara Menjelang 2028
Auto Terkini

Hyundai Rancang Bina Teksi Udara Menjelang 2028

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI merancang menghasilkan barisan kereta terbang yang akan memenuhi ruang udara udara bandar dalam masa sedekad nanti.

Ketua Unit Mobiliti Udara Bandar, Hyundai Motor Group, Jaiwon Shin berkata, model kereta terbang dibangunkan itu mampu membawa lima atau enam orang di kawasan metropolitan, manakala versi besar akan melakukan penerbangan antara bandar.

BACA >>> Toyota Labur Hampir RM1.63b untuk Projek Kereta Terbang dengan Syarikat AS

Menurut Shin, orang ramai yang kerap terkandas dalam trafik akan sedar betapa selesa bergerak dengan kenderaan udara. Hyundai menjangka memasuki pasaran tersebut pada 2028.

Beberapa pembuat pesawat terbang, pengeluar automotif dan syarikat start-up kini cuba menceburi industri pengangkutan dengan kereta terbang dan dron pengirim bungkusan. Menurut syarikat perbankan pelaburan, Morgan Stanley, teknologi seumpama itu dapat menjana industri bernilai AS$2.9 trilion (RM12 trilion) menjelang  2040, atau sekurang-kurangnya AS$615 bilion (2.5 trilion).

BACA >>> Sudah, Kereta Terbang Dah Tak Boleh Terbang?

Hyundai awal tahun ini mempamerkan konsep kereta terbang yang dibangunkan bersama Uber Technologies di Pameran Elektronik Pengguna (CES), Las Vegas. Pengeluar Korea itu akan bekerjasama dengan Uber dalam ujian pilot kenderaan terbang  sebelum menyediakan perkhidmatan autonomi menjelang 2035.

Pada masa akan datang, industri dan penggubal undang-undang perlu menangani persoalan mengenai keperluan lesen pilot dan bagaimana mengurangkan atau meminimmumkan kemungkinan kemalangan. Peraturan dan infrastruktur baharu diperlukan untuk memastikan kenderaan tidak mengganggu lalu lintas pesawat dan helikopter.

BACA >>> RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!

Shin berkata, kereta terbang mungkin debut seawal 2023, tetapi Hyundai mensasarkan 2028 apabila lebih banyak infrastruktur dibina dan kesedaran masyarakat semakin tinggi. Bagi menarik pelanggan awal, Hyundai cuba mengurangkan kos dan tahap bising kenderaan selain memastikan keselamatan sebagai fokus utama.

Selain tugas mengangkut orang awam, Hyundai sedang membina pesawat membawa barang dengan kapasiti 300kg. Syarikat belum memutuskan di mana hendak membina atau pertama kali memperkenalkan kenderaan udara.”

– JAIWON SHIN, Ketua Unit Mobiliti Udara Bandar, Hyundai Motor Group

GALERI

SUMBER : TheEdge | TheVerge

Auto Terkini hyundai Hyundai Motor Group Jaiwon Shin Kereta Terbang Hyundai Morgan Stanley Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020 teksi udara Teksu Udara Hyundai Uber Uber Technologies
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M2 Coupé RR Edition, BMW M 1000 RR dan S 1000 RR M2 Edition Untuk Afrika Selatan

    05/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.