Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Perkenal Bas Sekolah Canggih, Staria Kinder untuk Pasaran Korea Selatan
Roda4

Hyundai Perkenal Bas Sekolah Canggih, Staria Kinder untuk Pasaran Korea Selatan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI mengorak langkah memperkenalkan van sekolah berasaskan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Staria di Korea Selatan yang ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi tempat duduk, 11- dan 15-kerusi.

Dinamakan Staria Kinder, MPV warna kuning sebagai warna tipikal bas sekolah itu, dipasangkan lampu strob atas bumbung dan papan tanda Stop (berhenti) di tepi pintu depan.

Berikut ialah perincian Staria Kinder:

BACA >>> Kenapa Kami Pilih Perodua Aruz? Inilah Jawapan Ayah dan Ibu

  • Ruang kabin diubah suai untuk memaksimumkan kapasiti tempat duduk dalam kemasan hitam-kuning. Setiap kerusi juga dipasangkan tali keledar.
  • Semua 11-kerusi jenis boleh laras untuk memudahkan kanak-kanak memakai tali keledar mengikut saiz badan.
  • Juga dilengkapi ciri keselamatan seperti Sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Tukar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Sistem Cegah Trafik Lintasan Belakang (RCTA).

BACA >>> Inilah 5 Impak Besar Bas Sekolah Percuma Selain Ringankan Kos Sara Hidup

  • Ditawarkan dalam dua versi bahan api, iaitu gas cecair petroleum (LPG) dan diesel.

Di Korea Selatan, model bas sekolah dengan bahan api LPG layak mendapat subsidi Kerajaan sebanyak 7 juta won (RM24,430), manakala kenderaan diesel pula ditawarkan diskaun hingga 13 juta won (RM45,367). Jadi, jika mengambil kira subsidi LPG, harga Staria Kinder adalah sekitar 20 juta won (RM69,796).

Harga Staria Kinder 11-kerusi ialah 34.78 juta won (RM121,380), manakala versi 15-kerusi, 37.48 juta won (RM130,800).

BACA >>> Torsus Praetorian School Bus – Bas Sekolah Paling Lasak untuk Redah Jalan Off-Road

BACA >>> Hyundai, Pelajar Universiti Jalin Kerjasama Bangunkan Kereta Lumba Hidrogen 805hp

Pada April lalu, Hyundai menggunakan Staria sebagai pengganti Starex di Vietnam yang ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu:

  • Enjin diesel 2.2L (175hp, 431Nm) dengan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 8-kelajuan.
  • Enjin petrol 3.5L V6 (268hp, 331Nm) dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Model baharu itu didatangkan lengkap dengan sistem lampu LED penuh, termasuk lampu siang (DRL) LEDm dan ada pilihan konfigurasi 4- hingga 11-kerusi.

BACA >>> Hyundai Perkenal Staria, Model Konsep MPV Pengganti Starex dengan Rekabentuk Futuristik
BACA >>> Hyundai Lancar Staria Load, Van Kargo Gaya SUV Futuristik, 7 Beg Udara

SUMBER: Zing

Bas Sekolah Hyundai hyundai HYUNDAI staria Hyundai Staria Kinder Roda4 Van Sekolah Hyundai Van Sekolah Korea Selatan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.