• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai, Pelajar Universiti Jalin Kerjasama Bangunkan Kereta Lumba Hidrogen 805hp

Hyundai, Pelajar Universiti Jalin Kerjasama Bangunkan Kereta Lumba Hidrogen 805hp

March 30, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI mengumumkan kerjasama dengan Forze Hydrogen Racing, iaitu pasukan dianggotai 60 pelajar Universiti Teknologi Delft di Belanda yang mensasarkan membangunkan kereta lumba dengan bahan api hidrogen berkuasa 805hp!

Pembangunan kereta lumba itu adalah antara usaha mempromosikan dan mengembangkan teknologi bahan api hidrogen yang agak ketinggalan jika dibandingkan kenderaan eletrik.

Barisan pelajar di bawah pasukan Forze Hydrogen Racing terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kini siap melakukan beberapa kerja lapangan mengenai teknologi berkenaan. Prototaip awal pasukan itu, Forze IX dijangka siap tahun ini. 

Kerjasama Forze Hydrogen Racing dengan Hyundai pula akan bermula 2022 untuk menjadikan kenderaan itu bersedia untuk perlumbaan kompetitif. Forze IX dijangka menjadi kenderaan kuasa eletrik terpantas dengan ciri berikut:

  • Hanya seberat 1.5 tan.
  • Kelajuan maksimum mencapai 300kmj.
  • Kurang tiga saat diperlukan memecut 0-100kmj.
  • Dilengkapi dua sel bahan api yang menghasilkan output 321.8hp.
  • Akumulator dengan kuasa maksimum 805hp.
  • Menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD).

Semua pelajar daripada pasukan Forze akan dibawa ke Pusat Teknikal Eropah Hyundai Motor di  Rüsselsheim, Jerman untuk menerima bantuan daripada jurutera berpengalaman. Kerjasama itu dilakukan dengan harapan dapat membuka lembaran baharu dalam perlumbaan sifar emisi.

BACA >>> Hyundai Perkenal Staria, Model Konsep MPV Pengganti Starex dengan Rekabentuk Futuristik
BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla

hyundai forze ix
Forze-IX
kereta-hidrogen-hyundai-2021-2
kereta-hidrogen-hyundai-2021-3
kereta-hidrogen-hyundai-2021-1
kereta-hidrogen-hyundai-2021-4
kereta-hidrogen-hyundai-2021-5
kereta-hidrogen-hyundai-2021-6

SUMBER: Jalopnik

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, forze hydrogen racing, forze ix, Hidrogen, hydrogen, hyundai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev