Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Malaysia Dedah Foto Acah, Tucson Serba Baharu Bakal Debut di Malaysia?
Roda4

Hyundai Malaysia Dedah Foto Acah, Tucson Serba Baharu Bakal Debut di Malaysia?

Han OthmanBy Han Othman10/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Malaysia bakal melakukan kejutan baharu dalam masa terdekat apabila menyiarkan satu foto acah di laman Facebook wakil pengedar itu yang jelas menunjukkan sosok siluet sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Jika diperhatikan, foto itu ialah model Tucson baharu. Persoalannya, apakah sosok Tucson baharu itu ialah model sama seperti versi Eropah atau China?

BACA >>> Hyundai Tucson 1.6L Turbo, Enjin Kompak Kuasa Besar (176hp, 265Nm)

Hyundai Malaysia cuma mendedahkan beberapa baris ayat ringkas sebagai klu mengenai SUV baharu tersebut.


“We will be unveiling a heartthrob vehicle. It will be a trend-setter with its slick design and upgraded features. Can’t wait to find out more? Stay logged in to this page and wait for the next announcement.”

(“Kami akan mendedahkan kenderaan yang menggetarkan jantung. Ia akan menjadi perintis trend dengan rekabentuk slik dan ciri dipertingkat. Tidak sabar menunggu untuk mengetahui lebih lanjut? Kekallah dalam laman ini dan tunggu pengumuman seterusnya”).

Berdasarkan penelitian kami, foto acah itu agak identik dengan Tucson (foto atas) yang diperkenalkan pada Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2018, Mac lalu, dan bukan model versi China.

Kelihatan lampu depan jenis LED berbentuk sesiku yang mirip Tucson versi NYIAS 2018. Selain perubahan lampu, imej lain yang ketara ialah gril baharu yang mirip Santa Fe serba baharu. Lampu siang (DRL) LED dan lampu kabus diposisikan pada bumper depan, dan ada pula lampu signal belok pada cermin sisi serta rel bumbung. Cuma itu saja yang dapat dihuraikan.

Lihatlah foto di  bawah ini yang kami sudah potong dan cerahkan. Ada persamaankan?


Jika membaca spesifikasi Tucson versi NYIAS 2018, model dengan enjin asal 1.6L T-GDI itu digantikan dengan nadi baharu, 2.4L berkuasa 181hp dan tork 237Nm. Adakah enjin sama akan menggantikan enjin 1.6L T-GDI versi Malaysia?

Nampaknya, kenalah tunggu Hyundai Malaysia buat pengumuman baharu ataupun siar foto acah terkini. 🙂

BACA >>> #PanduUji: Hyundai Tucson Executive, Rupa Maskulin dengan Ciri Keselamatan Lengkap

Foto Acah hyundai Hyundai Malaysia Hyundai Tucson (2019) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV teaser
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

04/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.