Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Kona (2018) Perkenal Ciri Teknologi Termaju dalam Kelas SUV Segmen-B
Auto Terkini

Hyundai Kona (2018) Perkenal Ciri Teknologi Termaju dalam Kelas SUV Segmen-B

Han OthmanBy Han Othman13/06/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) subkompak paling dinanti-nanti, Hyundai Kona (2018) sebentar tadi baru saja mendedahkan foto rasmi model itu selepas beberapa hari anak syarikatnya, Kia mengumumkan model Stonic yang juga dalam segmen sama.

Pesaing Hyundai Kona di pasaran tempatan ialah Honda HR-V, Mazda CX-2 dan Toyota C-HR, manakala di pasaran antarabangsa selain model di atas, Kona akan berentap dengan Nissan Juke dan Jeep Renegade. SUV jenis crossover ini akan mula dijual di Korea Selatan bulan ini juga, disusuli pasaran Eropah pada tahun ini dan Amerika Utara menjelang awal 2018. Pasaran Asia Pasifik, termasuk Asean dijangka mendapat kunjungan Kona tahun depan.

BACA >>> Kia Tunjuk Lakaran SUV Segmen-B, Stonic – Mampukah Gugat Honda HR-V?

Berikut beberapa fakta menarik tentang Hyundai Kona (2018):

1. ASAL NAMA DARIPADA PULAU

Dinamakan Kona bersempena daerah pesisir pantai di Pulau Hawaii.

2. LUARAN MODEN, AGRESIF

Mengetengahkan rekabentuk yang seiring trend SUV masa kini dan tidak jauh berbeza dengan pesaing lain. Bagaimanapun penampilan Kona  tampak agresif dengan bentuk badan maskular menerusi penggunaan pelindung plastik yang tipikal ada pada kenderaan pacuan 4-roda. Turut menampilkan unit lampu utama LED dan pelbagai rekaan rim sebagai pilihan. Hyundai mendakwa objektif rekabentuk adalah bergaya moden dengan menyasarkan golongan pembeli muda.

3. DALAMAN ELEGAN

Tiada foto kualiti tinggi untuk imej dalaman, cuma foto awal yang dimuat naik kami pagi tadi. Ulasan, rekaan dalaman lebih serius berbanding luaran dengan sentuhan aksen warna terang untuk menaikkan mood.

BACA >>> Foto Rasmi Hyundai Kona (2017), Termasuk Interior Didedahkan

4. TEKNOLOGI TERKINI

Sesuai dengan sasaran golongan pembeli muda, Hyundai Kona melengkapkan crossover ini dengan sistem infotainment yang memuatkan ciri Android Auto dan Apple Car Play, radio definisi tinggi (HD), kamera belakang, dan telematik 4G dengan paparan skrin sentuh 5, 7 atau 8-inci.

Kona juga satu-satunya SUV dalam segmennya yang menawarkan opsyen wayarles untuk mengecas telefon pintar dengan sistem indikator yang mampu menunjukkan kapasiti bateri apabila dicas penuh.

Ciri baharu lain ialah Paparan Dongak atau Head-Up Display (HUD) yang tidak memaparkan data terus kepada cermin depan, tetapi atas kepingan kaca boleh tarik yang terlindung di sebalik kluster meter apabila tidak digunakan. Informasi dipaparkan ialah kelajuan, arahan navigasi, mesej amaran menukar lorong (LDW) dan data audio.

5. CIRI KESELAMATAN TINGGI

Kona menawarkan ciri keselamatan penting seperti berikut:

  • Bantuan Elak-Perlanggaran Depan (FCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Suluh Tinggi (HBA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)

Semua ciri di atas beroperasi menggunakan bantuan sistem radar dan kamera depan.  Sistem radar juga dibantu Amaran Perlanggaran Titik-Buta (BCW) untuk mengesan kenderaan yang menghampiri dan mungkin terlindung daripada pandangan pemandu ketika memandu dalam kelajuan tinggi.

Amaran Perlanggaran Trafik-Lintas Belakang (RCCW) pula berfungsi mengesan kenderaan lain di belakang yang mungkin memasuki laluan kereta ketika sedang mengundur.

6. DIMENSI

Dibina berasaskan platform baharu yang dikongsi bersama Kia Stonic. Saiz Kona ialah 4,165mm panjang, 1,800mm (lebar) dan 1,550mm (tinggi), serta 2,600mm (jarak roda).

7. ENJIN – NA, TURBO DAN DIESEL

Di pasaran kebanyakan, enjin standard Kona ialah 2.0L aspirasi natural (NA) 4-silinder berkuasa 147hp dan 179Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Pecutan 0-100kmj ialah 10 saat, manakala kelajuan maksimum 194kmj.

Kona juga didatangkan dengan enjin 1.0L T-GDI pengecas turbo 3-silinder petrol dengan transmisi manual 6-kelajuan berkuasa 118hp dan tork 172Nm (1,500 – 4,000 rpm). Pecutan 0-100kmj, 12 saat, manakala kelajuan maksimum, 181kmj. Kona turut ditawarkan dalam enjin 1.6L diesel untuk pasaran negara tertentu, termasuk Eropah.

8. MANTAP DAN PRAKTIKAL

Hyundai turut mengoptimumkan susun atur trenpacu, termasuk sistem pacuan empat roda (4WD) sedia ada dan sistem ekzos, serta susun atur komponen suspensi untuk mendapatkan profil kereta yang lebih rendah. Kerusi belakang Kona boleh dilipat rata dengan ciri konfigurasi dua peringkat yang memudahkan akses untuk mengangkut basikal atau beg golf.

9. EDISI KHAS IRON MAN

Hyundai turut mengumumkan model Kona edisi khas, ‘Iron Man’ yang tampil 40mm lebih lebar beserta lampu utama LED khas dan bonet warna kelabu kusam bersama kemasan aksesn merah dan emas, yakni warna rasmi sut Iron Man. Kona Iron Man turut diberikan rim 19-inci dengan lencana topeng Iron Man di tengah roda, termasuk tayar off-road 716mm.

GALERI

Crossover hyundai Hyundai Kona Hyundai Kona (2018) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Segmen B SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.