Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai-Kia Lantik Pereka BMW M
Auto Terkini

Hyundai-Kia Lantik Pereka BMW M

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA sedia maklum bahawa Hyundai-Kia memang menggunakan kepakaran pereka dari Eropah dalam menghasilkan rekabentuk produk automobil. Kini, kumpulan konglomerat dari Korea Selatan itu menambah seorang lagi pereka ternama Eropah, Pierre Leclercq.

Dilahirkan di Belgium dan mendapat pendidikan di California, Amerika Syarikat, Leclercq memulakan karier dengan firma Zagato dan Ghia Ford di Itali sebelum menyandang jawatan pertama di BMW sebagai pereka luaran di Los Angeles, sebelum ke Munich, Jerman sebagai ketua pereka untuk divisi ‘M Performance’.

BERGABUNG DENGAN PETER SCHREYER

PIERRE LECLERCQ
PETER SCHREYER
LUC DONCKERWOLKE
ALEXANDER SELIPANOV
ALBERT BIERMANN

Leclercq kemudian meninggalkan pengeluar dari Jerman itu pada 2013 selepas menerima tawaran ketua pereka untuk Great Wall Motors. Kini, selepas empat tahun berbakti, beliau memutuskan meninggalkan pengeluar dari China itu untuk menyertai Kia sebagai ketua penggayaan. Di sana, beliau bekerja di bawah ketua pereka Hyundai-Kia, Peter Schreyer (bekas pereka Volkswagen Group).

Hyundai-Kia juga merekrut Luc Donckerwolke untuk mengetuai jabatan rekabentuk Genesis, dan bekas pereka Bugatti, Alexander Selipanov untuk bekerja dengannya. Malah, Hyundai-Kia baru-baru ini melantik bekas ketua jurutera BMW M, Albert Biermann untuk menyelia sub jenama, ‘N Performance’.

Schreyer berkata, pemahaman unik Leclercq dalam rekabentuk kenderaan global, berserta pengalaman dan kepakaran akan membantu menguatkan identiti rekabentuk Kia dalam tahun-tahun mendatang.

Rekabentuk memainkan peranan penting dalam transformasi jenama Kia, dan Leclercq akan membantu memastikan pendekatan rekabentuk kami kekal konsisten merentasi model baharu yang dilancarkan dalam segmen baharu.”

– PETER SCHREYER, Ketua Pereka Hyundai-Kia

Dalam tugasan baharu yang bermula bulan ini, Leclercq akan menguruskan strategi rekabentuk Kia dan menyelaras studio rekabentuk di Korea, China, Eropah dan AS.

SUMBER: Car Scoops

 

Auto Terkini hyundai Hyundai-Kia Kia perekan Hyundai-Kia Pierre Leclercq Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.