Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Bangunkan Sistem Penulenan Udara Pintar untuk Kabin Lebih Bersih, Selamat
Auto Terkini

Hyundai Bangunkan Sistem Penulenan Udara Pintar untuk Kabin Lebih Bersih, Selamat

Han OthmanBy Han Othman29/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Hyundai Motor Group membangunkan ‘Sistem Penulenen Udara Pintar’ (Intelligent Air Purification System) yang berfungsi memantau kualiti udara dan secara automatik menapis udara yang masuk ke dalam kabin.

Inovasi baharu itu dihasilkan bagi meningkatkan kualiti udara dalam kabin dengan memperkenalkan sistem pemantauan automatik baharu yang akan berterusan memeriksa kualiti udara hingga mencapai status terbaik.

Digabungkan dengan inovasi penapisan termaju, teknologi tersebut mampu menyingkirkan partikel halus sebelum penumpang memasuki kereta, dan menulenkan udara dalam kabin sepanjang perjalanan. Pembangunan baharu itu juga kini berada di bawah pertimbangan Hyundai dan Kia untuk dilengkapkan pada produk masing-masing dalam usaha menambah baik taraf kesihatan pengguna, terutama di kawasan bandar sesak.

BACA >>> Kereta Hyundai, Kia Guna Teknologi Bumbung Solar untuk Cas Elektrik Menjelang 2020

UDARA DIBERSIHKAN AUTOMATIK

Sistem penulenan konvensional hanya beroperasi untuk tempoh aktif tertentu, dan dimatikan mengikut masa ditetapkan serta bukan berdasarkan kualiti udara kabin semasa. Bagaimanapun, ‘Sistem Penulenan Udara Pintar’ baharu ini bertindak secara berterusan dalam memantau kondisi udara kabin dengan mengaktifkan fungsi penulenan sekiranya kualiti udara merosot kepada tahap ‘Fair’.

Teknologi tersebut kemudian akan mengekalkan proses pembersihan hingga kualiti udara dipulihkan kepada tahap ‘Excellent’. Walaupun kualiti udara luar berada pada tahap ‘Poor’, sistem ini akan menulenkan udara dalam kabin kepada kualiti ‘Excellent’ dengan kadar segera.

BACA >>> Hyundai Santa Fe (2019) Baharu Kini di Pasaran Malaysia, Harga Mula RM169k

Penumpang juga boleh memantau kondisi semasa udara dalam kabin menerusi skrin navigasi audio-video (AVN), dengan visual kualiti udara dalam paparan digital 16 bar yang berubah secara masa nyata. Ada empat tahap kualiti udara mengikut Standard Perbadanan Alam Sekitar Korea (KECS), iaitu Excellent, Good, Fair, dan Poor.

Auto Terkini Hyundai Intelligent Air Purification System Sistem Penulenen Udara Pintar Hyundai teknologi Udara Bersih Udara Kabin
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

12/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.